Wednesday, January 26, 2011

Legenda ATD.

Kami pernah melancarkan perang nuklear dengan Awang Tok Din(ATD) ini kerana berapa perkara yang dia buat.....terutama sekali dia pernah bagi penampak sulung kat Mt Kie....member kami merangkap jiran ATD...kami pernah buat meriam tanah hala ke rumah dia.....tetapi besoknya meriam tu disita orang kampung...Bom tangan adalah perkara biasa kami baling atas bumbung rumah dia...batu le...menyakat anak perempuan dia si Fatin...sampai tak berani keluar rumah,dia ni cukup takut dengan pacat....tapi akhirnya ATD dan keluarga berpindah...dengar kata ke Jengka.Pahang kot...bukan kerana kami....tapi kerana tanah yang dia tinggal tu tanah orang lain...dengan kematian ayah ATD iaitu Tok Din....entah la...tapi itu semua cerita masa aku kanak-kanak....

***************

Raya lepas ATD ada datang atau melawat jiran lama kampung...dia juga melawat rumah aku....perang-perang dulu kami dah lupa dan ala benda masa aku budak-budak.....borak-borak sikit...tanya khabar....
Lepas tu dia perkenalkan anak dia si Fatin.....

Tertelan air liur aku....

Perhhhhh....

Rugi aku dulu selalu nyakat dia...
Kalo la aku baik dengan dia dulu......

Wednesday, January 19, 2011

Cepu Mas

Satu malam yang hening,di smoking area kawasan perindustrian tinggi belah utara....aku sedang borak ngan Mat Arip Lisukun...dia ni kalo borak memanjang cerita awek...
tapi sejak dua menjak ni,dia banyak berubah....berubah yang macam mana tu malas aku nak bagi tau....
Dia cerita pasal masalah dia, impun duet nak kawen,awek lagi,nak beli rumah banglo 3 juta,dia main bola iras-iras kaka..tapi lari aku tengok macam itik serati je bla bla bla....
.....tiba dia tanya soalan cepu mas kat aku,

wei hg bila nak kawen....???

Aku tak menjawab soalan tu!!!

*******************************

Perhhh.......
-Duet dalam bank rasa-rasa baru ada 2 riban kot....
-Hujung bulan ni bajet nak ambik nikon D90 plak...
-Rumah x da lagi....(x berapa
penting kot)
-Angan-angan nak sumbat K3VET kat keta aku.
-Nak makan pun aku x berapa cukup..ni nak bela anak orang plak...
-Tiq Zakiah tak mau kawen lagi...nak kembangkan kerial dulu..hehehe
-Linda Won plak agama laen..

Habih tu....Macam mana ni........

Saturday, January 15, 2011

3 Tahun

Sedar tak begitu sedar lagi sebulan dah tiga tahun aku kerja kat sini....arhhhh dah nak melepasi tarikh luput ni...kata orang out of date..hala tuju perlu ditetapkan..perjalanan perlu diteruskan....apa aku perlu buat....hampir 3 tahun dia punya cerita sama ja...takda cabaran langsung...takda konfick pun...mana anjakkan paradikma kata najib...kalo kita naik haigway lama-lama pun bosan wo...sekali sekali nak drift gak..aku pun rasa semakin tepu...kalo macam ni gak maknanya mendap ke dasar la jawabnya,takpa relax dulu..kita lihat bagaimana..kalo aku betul dah menyampah..aku berenti keja sapu sampah lagi baik...berbudi kepada alam sekitar...

********************************

kalo ada kerja yang tak macam keja...jumpa ramai orang...boleh jalan-jalan,tak dok satu tempat,boleh plak kutuk orang,sempat ushar awek denyut lagi...income pula mencurah-curah...kan best keja tu...

Saturday, January 8, 2011

Hardcore Detonation Attack Kuala Lumpur 31/12/2009








Osmantikos
Flesh Disgorged
Krupskaya
Pisschirst
Blood On Wedding Dress
Ferocious Inferno
Infinite Delay


Selamat akhirnya aku sampai di puduraya di tengahhari rabu yang hening ini.sampai juga aku ke kota lanun ini (kata marzuqie),setelah menaiki pengangkutan awam paling efisent di Malaysia bas exprest,nak bantai laju je drebar bas ni.Rasanya kali terakhir aku aku sampai kl dalam bulan 9 atau 10 kot untuk konvo adik aku di UiTM .Tidak banyak yang berubah udaranya masih segar dengan asap kenderaan,penduduknya masih terkejar-kejar mengejar sesuatu yang belum pasti,terima kasih kepada saudara Qie dan pasangannya lynn kerana menjemput dan memberi tumpang di kediaman mereka.Gig Hardcore detonation attack dijangka berlansung pada esoknya dalam jam 5pm kot.Aku sampai di perkarangan Noise studio dalam jam 6pm apa pun tak ada lagi dalam hati betul ke gig ada hari ini atau dan dicencer mungkin bermula lambat kot ala maklumla Malaysia,semua mau lambat.
Osmantikos merupakan first band yang perform pada malam itu,walaupun bermula lambat gila dalam Pukul 8.30malam,2 orang member yang menemani aku hampir kena stroke kekejangan kerana terlalu lama menungu,Bila scene kita akan berubah?Tetapi terasa berbaloi kerana dapat melihat osmantikos bemain live didepan mata,ini antara sebab aku ke KL untuk menonton gig ini.Sejak kali pertama mendengar 7’ mereka aku tertanya bila agaknya dapat melihat live act mereka,kalo nak tunggu mereka bermain di penang alamat kempunan la.Dengan kesibukan setiap line up mereka,susah nak dikumpulkan bersama kata en Borhan.Walaupun bermain agak kaku tanpa aksi kurang siuman dan suasana gig yang belum panas lagi.Dimulakan dengan pembukaan lagu ‘I am dead yet’ dari 7’ mereka,mereka memainkan 7 buah lagu termasuk lagu terbaru split dengan Distrust dan sebuah lagu cover dari Tragedy iaitu ‘beggining at the end’.Pemainan dari Yautsh memang memukau,relex je ketuk dram.
Second act pada malam ni adalah dari Singapore iaitu Flesh Disgorged,dengar nama aku agak mereka main music grindcore berelemaem gore kot.tapi agak memgerunkan setiap line up band ini seperti baru lepas berbunuhan sesame sendiri dengan badan,muka,baju dipenuhi dengan darah (tapi aku bajet sos tomato kot,tak pun pencelup air sirap hehehehe)mainanan music grind yang mantap dari setiap ahli,aku nak dok dekat pun was-was,nanti terpercik darah,maunya kena lense kemera plak,sapa mau ganti?,Set mereka agak menhiburkan walaupun dalam keadaan gore yang melampau.Aku rasa kalo Bob jumpa tengah malam macam ni tak cukup tanah dia lari,walaupun badan dia kecil skit je dari Bigshow yang belakon gusti tu.
Krupskaya band seterusnya plak dari UK,Mereka memainkan music technical epic grind kot mengikut apa yang tertulis di flyer.Sebelum datang aku ada dengar material mereka di myspace,konon nak dengar dulu mcam mana?Hebat gak music mereka,padat,menghentam tanpa belas kasihan dengan vocal macam mesingun m16,grind mereka ada element metal yang agak kuat,kalo lagi kuat rasanya aku dah tak boleh masuk dah,tapi ini masih dapat diterima telinga aku.Nyanyian yang beremosi,aku agak-agak dengan melihat mimic muka si penyanyinya.Dengan rambut dreadlock yang sempoi,satu yang aku suka jika vokalnya bercakap dah macam vocal sipenyanyi napalm death la plak siapa tah nama aku pun lupa.Set mereka diakhiri dengan tepukan gemuruh dari para menonton yang dihormati.
Seterusnya adalah band hightlite pada malam ini,distort Melbourne iaitu pisschirst,bersempena dengan hardcore detonation attack SEA,kenapa mereka tak bawa band farmtid dari jepun yang split 7’ dalam hardcore detonation attack tu dengan mereka,kalo tidak tentu lagi kecoh.Terasa aura raw punk d-beat semasa mereka memasang kain rentang di belakang pentas .kelihatan para penoton pun tak sabar-sabar menanti kemunculan mereka.Memulakan lagu pembukaan ‘punk is love’ dari album kedua mereka ‘victim of faith’,keadaan di mostpit sudah tak terkawal,mana perginya abang Rela dan FRU yang menjaga hadapan pentas tadi,mereka pun sama-sama menari,sehinggakan aku pula terpaksa menahan sound system dari kanan pentas dari ditolak oleh penonton yang mengila.Nyanyian dari saudara yeap memang rabak dan mencengkan sanubari,kalo masuk AJL tentu dapat vokol terbaik ni.dengan aksi lompat hardcore dan bodyslam keatas penonton.kelihatan pemain gitar saudara dave hanya relex memetik gitar,dia adalah individu yang agak familie bagi aku,kerana sudah dua tiga kali aku lihat dia bertandang ke sini,dulu dengan conquest for death dan straight jaket nation.Aku berharap mereka memainkan lagu dari album pertama iaitu ‘fight back’ ataupun ‘pecah kepala’ penantian aku rupanya tak lama ,kedenganran intro lagu pecah kepala berkumandang,suasana semakin meribut,aku harap selepas tamat lagu ini,tiada yang pecah kepala terlangar dinding mahupun pejelapok atas lantai,syukur semuanya selamat,Cuma aku lihatsi vokalnya yang mendapat sedikit luka di bawah rusuk kanan,mungkin dia sendiri pun tak perasan.Mereka menaikan 11 buah lagu pada malam itu.lagu terakhir pada malam itu adalah lagu ‘all out war’.si pemain dram kelihatan kepenatan seperti belari pulang ke astralia.Ini antara persembahan terbaik pada tahun ini.syabas bety,syabas pisschirst kata anitab bachan di sebelah aku.Gig terpaksa ditunda kerana perlu membetulkan bass dram yang terkopak,agak memakan masa yang lama gak.
Band seterusnya adalah Blood On Wedding Dress (BOWD).Rasanya sudah agak lama gak aku tak melihat aksi mereka,yang terakhir di Jitra kot dalam 3 atau 2 tahun sudah.Mereka hanya memainkan 3 ke 4 lagu je mungkin kesuntukan masa kot.melihat aksi mereka memang gila-gila dan huru-hara terutamanya si pemain gitar iatu pak tua walaupun umur masih muda lagi.hayunan dan libasan gitar kekiri kanan atas bawah sambil berlari kekawasan penonton,Rasanya mereka tak membawapun lagu kegemaran aku iatu ‘ apple the dragon slayer’ .Aku tak berkesempatan melihat aksi kedua band terakhir iaitu Ferocious Inferno dan infinite delay kerana perlu bergegas pulang.bagi aku semua band yang perform berjaya dengan persembahan yang menhiburkan dan hebat.Semua kelihatan professional tidak malu-malu dan tidak mebelakangkan penonton.Kalo apparatus perform sama pada malam ini tentu lagi havoc,apapun ini antara gig terbaik semperna penutup tahun 2009 ini.harap pada tahun hadapan lebih banyak internasional act yang akan tour ke sini,selamat tahun baru.Jom kita pergi lihat orang bakar duet kat KLCC


P/S sebenarnya dah lama aku buat ni untuk zine ranjau dijalanan isu 3 kot...
zine tu pun aku tak pasti ada tak lagi mungkin dah soud out kot..

Anak Dan Ayah

Father and son-cat stevens

It's not time to make a change
Just relax and take it easy
You're still young
That's you fault
There's so much you have to know
Find a girl,settle down
If you want you can marry now
Look at me
Iam old but i'm happy
I was once like you are now
And i know it's not easy to be calm
When you found,sometime going on
Take you time,think a lot
I think everything will got for you
Still will be tomorrow,
but you dream may not
How can i try to explain
When i do
He turns away again
It has always been the same
Same old story
From the moment i could talk
I was ordered to listen
Now there's a way and
I know that i have to go away
I know i have to go

Cuba hayati bait-bait lirik yang mencengkap kalbu bagi aku,pesanan ikhlas seorang ayah kepada anaknya...antara lagu yang aku gemari dari cat steven....Selain dari lagu paling popularnya 'wild world' bagi aku banyak rilisan tahun 70an dari beliau yang mencengkam....berbanding dengan sekarang....lirikal yang cukup bermakna dan mendalam....dari dalam kegelapan menjumpai cahaya yang bersinar....

Perang Dalam Diri


Semenjak dua menjak ni,aku jadi macam fobia nak pergi tempat tumpuan ramai macam jom heboh,pasar malam,pesta penang,famili day,ceramah politik mahupun majlis makan-makan anjuran puteri umno kalo takda benda penting memang aku takkan pergi....terasa benda ni semua dan tak in ngan diri aku....sampaikan member ajak keluar rewang pun dah malas tahap gaban..kadang-kadang aku rasa macam alien pun ada.....adakan aku datang dari galaxsi baragus....adakah aku sedang menghadapi krisis nuclear dalam diri aku....jika tidak ditangani dengan segera boleh memudaratkan ekologi kestabilan alam...hanya satu ubat yang dapat mengcurekan,iaitu aku perlu menghadiri gig 'Nuclear Death Terror' di one cafe KL......ko tunggu K-Town crusty......aku sampai bawa bom nuclear amerika yang dah masuk angin.....harap diorang main sampai patces kat seluar tertanggal....


Update:haram sungguh tak leh p plak...modai kurang....d90 punya pasai keh keh keh.....

Monday, January 3, 2011

Satu Masa Satu Ketika

Kedegang,kebom,
Satu penyepak hinggap di pintu bilik,
Kelepang,
'bangun-bangun'...suara separa menjerit menerjah...

Celaka sungguh sapa gerak aku pagi ni,hujan-hujan ni sapa plak....

Dengan mata separuh terbuka,aku kuatkan semangat untuk buka pintu....kalo benda tak penting ni mau aku sekeh kepala ni....

Buka je pintu.....
angin seram menusuk masuk....
aura hitam kelihatan....

'Woi,korang ingat ini asrama bapak korang punya ka....'
satu suara keras menusuk ke telinga....

Dengan outomatiknya aku terus terjaga dari mamai......babi ketua bahagia aku rupanya merangkap warden asrama....mampus sat lagi

Dengan penuh selambe aku ambil berus gigi dan sabun terus ke toilet mandi....kedengaran dia sedang ketuk pintu bilik sebelah plak...sambil maki-maki...

Ini kali ketiga rasanya dia tolong gerak aku ke kelas.....ni pasti kat kelas takda orang ni,membuta semua ni......sambil mandi otak berfikir ligat apa nak kelentong....