Monday, April 30, 2012

1st. slide film..



Agfa CT Percisa100 expired

X-Pro proses..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

Elarti:Penulisan suara baru komtempori.

Buku ini menghimpunkan karya dari pelbagai penulis di negara ini...bermula dari cerpen,puisi,sajak,interview dan review gig dah macam zine pun,tapi dalam format yang teramat kemas takda photostet,tulisan kabur ini dah macam novel.....Antara kandunganya adalah penulisan berpuluh cerpen dari penulis masa kini....Bahasa yang digunakan bukan bahasa melayu tinggi,tapi bahasa agak moden bercampur slang harian,terasa dekat dengan kita...tak lepas ni kalo nak masuk DBDP ni....sesetengah cerpen agak radikal dan kritikal sosial dalam kehidupan harian dan ayat-ayat kiasannya kadang buat aku tersenyum sendirian....

Disertakan juga interview dari pengarah filem bebas terkenal dan penulis yang boleh dikata agak tersohor...Sedikit review gig dan konsert,ulasan komik,buku dan filem.Satu bahan bacaan yang lari dari norma kebiasaan cerpen tetapi amat dekat dengan kita..

Selamat membaca..


From Ranjau Di Jalanan isu 3..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

Monday, April 23, 2012

Dari Beirut ke Jerusalem-Dr Ang Swee Chai.

Pelbagai perasaan bersarang dalam minda apabila membaca buku ini,walaupun ia lebih kepada jurnal atau pengalaman Dr ang swee chai semasa menjadi sukarelawan di kem Sabra Beirut,Lubnan awal 80an.....

Marah,kagum,geram & simpati bermain dalam minda takala membaca buku ini..

Kagum melihat beliau melakukan kerja sukarela diperbatasan perang....peluru tidak mengenal sesiapa pun....

Bagaimana diceritakan usaha beliau untuk memberitahu dunia betapa kejamnya Zionis tetapi dunia hanya memekakkan telinga memejamkan mata sahaja....anak kecil,wanita dan orang tua turut menjadi korban....

Rumah,hospital turut dibom...kesan lubang peluru berada dimerata-rata.....

Yang bermula sebagai sahabat dan rakan seperjuangan menjadi lawan...buku ini merupakan edisi alih bahasa...turut dipaparkan kata pengantar terbaru dari beliau 'setelah 25 tahun tragedi Sabra hingga kini Palestin terus bermandikan darah,bilakah keamanan akan muncul dibumi suci ini'....bagi beliau bangsa Palestin adalah bangsa yang paling tabah walaupun kehilangan seluruh keluarga tapi masih mampu tersenyum,diselitkan sekali dengan foto yang diambil sendiri oleh beliau semasa berada dikem Sabra....


D'eja vu Beirut-Kah Roes Shi....


        dimana lagi harus dijarah

   buat kita tak menunduk saja

atau pun belum cukup korbannya

            selagi bukan kita mangsanya

   bukan baru bukannya lama

hanya kita yang tak pernah merasa

        ataupun benar

            kita takkan kisah

selagi bukan kita yang derita

bumi disana terus berdarah

       luka disana semakin parah

De'ja vu Beirut!

 


Dari zine Ranjau Di Jalanan isu 3..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21, 2012

Split The Mindless Show/S.M.G 5'

Ini rilisan paling gila aku rasa...bukan kerna bandnya..actworknya....lagunya..mahupun ahli bandnya tapi format rilisan yang dikeluarkan...

Kita selalu dengar cd,kaset atau vinly dalam saiz 7 inci ,10 inci atau 12 inci tapi ini datang hanya 5 inci vinly,sama besar dengan cd..

Kalo sapa taktau ini vinly dan ingat ini cd diletaknya di cd player mau meletup cd player tu..kah kah kah..

S.M.G rasanya sesiapa yang mengemari irama dangdut atau grindcore mungkin mengetahui arah musik mereka..masih kuat lagi berpaksikan terma noise not music...paham tak maksudnya...bunyi bising yang tak diketegorikan sebagai music tapi masih ada pengemarnya sendiri...kakaka....

Kalo yang baru dengar mungkin hanya dengar jeritan mengila sahaja...tapi kenkadang aku rasa agak rangup juga riff gitar dia..


Side the mindless show pula macam contra kepada S.M.G kerna mereka main punkrock yang sempoi melekat plak...tapi ditegaskan bukan macam bungfess ye...lirikal penuh semangat dan bermakna..ceh ayat macam haram.. Layan tapi sedih 2 lagu je dari mereka tak sampai 3 minit beb..

Tapi dua band ni dari malaysia ye..keluaran dari Pissart Records juga dari malaysia ya..


Side S.M.G


Thau shalt trade

Wankers

Cinclusion

Summersault of death

Nice words

Sunburban dell


Side the mindless show


Apekemalas

Toy if tragedy


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Warthreat-selftittle 7'

Ok bagi aku yang tak punya pengetahuan yang luas pasal musik dan selalunya tak terlalu terbuka musik dan tak begitu mengambil tahu musik terkini..

Dan selalunya aku kurang peduli sangat musik terhangat kini.....tapi rasanya ep ni agak panas lagi ni...band ni pun baru tour sini...kalo tak tour rasanya aku pun kurang tau tentang kewujutan mereka..dari Australia..band yang berpaksikan Disclose kot..aku agak la...musik yang bagi aku tahap noise yang melampau sangat....apa kejadah punya noise pun aku tak pasti...aku ada tengok mereka perform hari tu...fuhhhh bagai melekatkan telinga di soundspeaker rabak tahap 7 petala cinta...dia punya noise sampai aku sendiri tak dapat nak gambarkan...musik mereka macam vokal yang terperosok dengan efek noise dr gitar yang mengila dengan link bass yang memandu..jika disclose dibuat perbandingan dia punya tahap noise atau bingit ditambah 3 kali...

Tapi agak mendatar dan setiap lagi susah nak dibezakan...

Keluaran dari www.crucificados.com

Juga ada dalam format kaset untuk tour malaysia...tapi aku lupa dari label mana..


Side A


Failure

Brainwasher

Lies total destruction


Side B


Slaves

Feed us shit


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

Dung Northen Tour

Apasal ayam plak mana si kabaou...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

Selamat Datang ke Klub 30 sen.

Cehhh...


Takda ka sapa nak megalu-alukan aku ke klub elit ni....hanya yang tabah saja dapat menghadapi segala kerenah dunia dapat menjenguk ke klub 30 sen ni...

Peluh daie juga la...aku baru 3 hari masuk klub ni...berdebar  juga la..


Kita tengok macam mana dia pergi...kalo tak boleh blah aku buat dek ja la...kah kah kah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Anarki Di Kuala Lumpur-mohd Jayzuan

Satu ja ayat  yang secocok yang bermain dalam minda aku setelah habis membaca buku ini....sex drug and rock n roll atau dalam frasa aku sex drug and punk rock....bagi sapa yang  penah melalui tema ni pasti dapat menghayati buku ni dengan lebih jitu..keh keh keh...


Semakin lama hebat juga tulisan si Jay ni....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wormrot-noise 10'

Aku rasa ni material paling terbaru dari Wormrot,dengar kata free je.tapi aku kurang pasti,yang pasti boleh didownload free di www.scionav.com.


Yang berada ditangan aku dalam format vinly 10'..Scoin a/v ni aku tengok diapunya logo macam loga keta ja dan ia bawah syarikat toyota plak....mungkin stategi kot..bawa keta sambil dengar lagu grindcore..


10' ni hanya menempatkan diulangi hanya 5 lagu...mangkuk sungguh kalo buat 7' aku rasa lepas membazir ruang ja..amalan setan tu..kalo 10' selalunya dia punya speed adalah 45rpm yang boleh menyebabkan makcik sebelah mengamuk...sound dan tentu mantap..kalo speed gini.Tapi kenapa takda lirik plak dalam ni...


Ok kita kembali kepada lagunya...tidak ada perubahan yang ketara antara rilisan terdahulu.tapi aku cukup tertarik pada lagu 'perpetual extingtion' part akhir ada riff heavy metal plak..


tak puas la dengar sekejap sangat bagi aku...Grindcore Wormrot ni sedang rancak diterima orang barat dikala kini..Penangan mereka pun masih bersisa di sanubari ketika gig new year eve ari tu..


Side 1

loathsome delusions

false assumptions


side 2

outburst of annoyange

breed to breed

perpetual extingtion


Published with Blogger-droid v2.0.4