Wednesday, January 26, 2011

Legenda ATD.

Kami pernah melancarkan perang nuklear dengan Awang Tok Din(ATD) ini kerana berapa perkara yang dia buat.....terutama sekali dia pernah bagi penampak sulung kat Mt Kie....member kami merangkap jiran ATD...kami pernah buat meriam tanah hala ke rumah dia.....tetapi besoknya meriam tu disita orang kampung...Bom tangan adalah perkara biasa kami baling atas bumbung rumah dia...batu le...menyakat anak perempuan dia si Fatin...sampai tak berani keluar rumah,dia ni cukup takut dengan pacat....tapi akhirnya ATD dan keluarga berpindah...dengar kata ke Jengka.Pahang kot...bukan kerana kami....tapi kerana tanah yang dia tinggal tu tanah orang lain...dengan kematian ayah ATD iaitu Tok Din....entah la...tapi itu semua cerita masa aku kanak-kanak....

***************

Raya lepas ATD ada datang atau melawat jiran lama kampung...dia juga melawat rumah aku....perang-perang dulu kami dah lupa dan ala benda masa aku budak-budak.....borak-borak sikit...tanya khabar....
Lepas tu dia perkenalkan anak dia si Fatin.....

Tertelan air liur aku....

Perhhhhh....

Rugi aku dulu selalu nyakat dia...
Kalo la aku baik dengan dia dulu......

No comments:

Post a Comment