Saturday, January 8, 2011

Hardcore Detonation Attack Kuala Lumpur 31/12/2009








Osmantikos
Flesh Disgorged
Krupskaya
Pisschirst
Blood On Wedding Dress
Ferocious Inferno
Infinite Delay


Selamat akhirnya aku sampai di puduraya di tengahhari rabu yang hening ini.sampai juga aku ke kota lanun ini (kata marzuqie),setelah menaiki pengangkutan awam paling efisent di Malaysia bas exprest,nak bantai laju je drebar bas ni.Rasanya kali terakhir aku aku sampai kl dalam bulan 9 atau 10 kot untuk konvo adik aku di UiTM .Tidak banyak yang berubah udaranya masih segar dengan asap kenderaan,penduduknya masih terkejar-kejar mengejar sesuatu yang belum pasti,terima kasih kepada saudara Qie dan pasangannya lynn kerana menjemput dan memberi tumpang di kediaman mereka.Gig Hardcore detonation attack dijangka berlansung pada esoknya dalam jam 5pm kot.Aku sampai di perkarangan Noise studio dalam jam 6pm apa pun tak ada lagi dalam hati betul ke gig ada hari ini atau dan dicencer mungkin bermula lambat kot ala maklumla Malaysia,semua mau lambat.
Osmantikos merupakan first band yang perform pada malam itu,walaupun bermula lambat gila dalam Pukul 8.30malam,2 orang member yang menemani aku hampir kena stroke kekejangan kerana terlalu lama menungu,Bila scene kita akan berubah?Tetapi terasa berbaloi kerana dapat melihat osmantikos bemain live didepan mata,ini antara sebab aku ke KL untuk menonton gig ini.Sejak kali pertama mendengar 7’ mereka aku tertanya bila agaknya dapat melihat live act mereka,kalo nak tunggu mereka bermain di penang alamat kempunan la.Dengan kesibukan setiap line up mereka,susah nak dikumpulkan bersama kata en Borhan.Walaupun bermain agak kaku tanpa aksi kurang siuman dan suasana gig yang belum panas lagi.Dimulakan dengan pembukaan lagu ‘I am dead yet’ dari 7’ mereka,mereka memainkan 7 buah lagu termasuk lagu terbaru split dengan Distrust dan sebuah lagu cover dari Tragedy iaitu ‘beggining at the end’.Pemainan dari Yautsh memang memukau,relex je ketuk dram.
Second act pada malam ni adalah dari Singapore iaitu Flesh Disgorged,dengar nama aku agak mereka main music grindcore berelemaem gore kot.tapi agak memgerunkan setiap line up band ini seperti baru lepas berbunuhan sesame sendiri dengan badan,muka,baju dipenuhi dengan darah (tapi aku bajet sos tomato kot,tak pun pencelup air sirap hehehehe)mainanan music grind yang mantap dari setiap ahli,aku nak dok dekat pun was-was,nanti terpercik darah,maunya kena lense kemera plak,sapa mau ganti?,Set mereka agak menhiburkan walaupun dalam keadaan gore yang melampau.Aku rasa kalo Bob jumpa tengah malam macam ni tak cukup tanah dia lari,walaupun badan dia kecil skit je dari Bigshow yang belakon gusti tu.
Krupskaya band seterusnya plak dari UK,Mereka memainkan music technical epic grind kot mengikut apa yang tertulis di flyer.Sebelum datang aku ada dengar material mereka di myspace,konon nak dengar dulu mcam mana?Hebat gak music mereka,padat,menghentam tanpa belas kasihan dengan vocal macam mesingun m16,grind mereka ada element metal yang agak kuat,kalo lagi kuat rasanya aku dah tak boleh masuk dah,tapi ini masih dapat diterima telinga aku.Nyanyian yang beremosi,aku agak-agak dengan melihat mimic muka si penyanyinya.Dengan rambut dreadlock yang sempoi,satu yang aku suka jika vokalnya bercakap dah macam vocal sipenyanyi napalm death la plak siapa tah nama aku pun lupa.Set mereka diakhiri dengan tepukan gemuruh dari para menonton yang dihormati.
Seterusnya adalah band hightlite pada malam ini,distort Melbourne iaitu pisschirst,bersempena dengan hardcore detonation attack SEA,kenapa mereka tak bawa band farmtid dari jepun yang split 7’ dalam hardcore detonation attack tu dengan mereka,kalo tidak tentu lagi kecoh.Terasa aura raw punk d-beat semasa mereka memasang kain rentang di belakang pentas .kelihatan para penoton pun tak sabar-sabar menanti kemunculan mereka.Memulakan lagu pembukaan ‘punk is love’ dari album kedua mereka ‘victim of faith’,keadaan di mostpit sudah tak terkawal,mana perginya abang Rela dan FRU yang menjaga hadapan pentas tadi,mereka pun sama-sama menari,sehinggakan aku pula terpaksa menahan sound system dari kanan pentas dari ditolak oleh penonton yang mengila.Nyanyian dari saudara yeap memang rabak dan mencengkan sanubari,kalo masuk AJL tentu dapat vokol terbaik ni.dengan aksi lompat hardcore dan bodyslam keatas penonton.kelihatan pemain gitar saudara dave hanya relex memetik gitar,dia adalah individu yang agak familie bagi aku,kerana sudah dua tiga kali aku lihat dia bertandang ke sini,dulu dengan conquest for death dan straight jaket nation.Aku berharap mereka memainkan lagu dari album pertama iaitu ‘fight back’ ataupun ‘pecah kepala’ penantian aku rupanya tak lama ,kedenganran intro lagu pecah kepala berkumandang,suasana semakin meribut,aku harap selepas tamat lagu ini,tiada yang pecah kepala terlangar dinding mahupun pejelapok atas lantai,syukur semuanya selamat,Cuma aku lihatsi vokalnya yang mendapat sedikit luka di bawah rusuk kanan,mungkin dia sendiri pun tak perasan.Mereka menaikan 11 buah lagu pada malam itu.lagu terakhir pada malam itu adalah lagu ‘all out war’.si pemain dram kelihatan kepenatan seperti belari pulang ke astralia.Ini antara persembahan terbaik pada tahun ini.syabas bety,syabas pisschirst kata anitab bachan di sebelah aku.Gig terpaksa ditunda kerana perlu membetulkan bass dram yang terkopak,agak memakan masa yang lama gak.
Band seterusnya adalah Blood On Wedding Dress (BOWD).Rasanya sudah agak lama gak aku tak melihat aksi mereka,yang terakhir di Jitra kot dalam 3 atau 2 tahun sudah.Mereka hanya memainkan 3 ke 4 lagu je mungkin kesuntukan masa kot.melihat aksi mereka memang gila-gila dan huru-hara terutamanya si pemain gitar iatu pak tua walaupun umur masih muda lagi.hayunan dan libasan gitar kekiri kanan atas bawah sambil berlari kekawasan penonton,Rasanya mereka tak membawapun lagu kegemaran aku iatu ‘ apple the dragon slayer’ .Aku tak berkesempatan melihat aksi kedua band terakhir iaitu Ferocious Inferno dan infinite delay kerana perlu bergegas pulang.bagi aku semua band yang perform berjaya dengan persembahan yang menhiburkan dan hebat.Semua kelihatan professional tidak malu-malu dan tidak mebelakangkan penonton.Kalo apparatus perform sama pada malam ini tentu lagi havoc,apapun ini antara gig terbaik semperna penutup tahun 2009 ini.harap pada tahun hadapan lebih banyak internasional act yang akan tour ke sini,selamat tahun baru.Jom kita pergi lihat orang bakar duet kat KLCC


P/S sebenarnya dah lama aku buat ni untuk zine ranjau dijalanan isu 3 kot...
zine tu pun aku tak pasti ada tak lagi mungkin dah soud out kot..

No comments:

Post a Comment