Showing posts with label pengembaraan. Show all posts
Showing posts with label pengembaraan. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Phuket Island

Part 1

Setelah rancangan selama berbulan untuk ke phuket akhirnya tertunai gak pada 4hr 2bln 2010 ari tu.

kami terpaksa bangun awal kira jam 4 pagi kerna van yang akan kami naiki akan bertolak jam 5pg.pada permulaannya kami bercadang nak naik bas ke phuket tapi memandangkan setelah ditolak dan ditambah lebih afdal rasanya naik van dari bas jimat skit rasanya.tambang dari penang terus ke phuket adalah rm80 seorang.senang cepat tak menyusahkan.dijangkkan perjalannan ini mengambil masa dalam 10 jam.huu gila lama nak mampus.dalam jam 7pg kami sampai di sempadan Malaysia/Thailand.Bukit Kayu Hitam.ini lah kali pertama aku melangkah keluar dari Malaysia.tak banyak masalah yang dihadapi di imigresent.manca yang bawa van macam pelesit dia bawa.aku tengok orang siam relex je bawa lori pikap.kami sampai di pekan danok yang terkenal dengan tempat berhibur dan membeli-belah.dalam jam 9pg waktu Malaysia dan 8pg waktu Thailand kami sampai di hatyai,kena transik ke van siam pulak.sempat makan sarapan bihun sup di sana.sejarah ni aku makan bihun sup pagi-pagi.lain skit rasanya macam bihun sup cina pun ada.apa pun bedal je janji halal.dalam poket aku ada 4800 bhat,rasanya tak cukup ni,tapi tawakal le.9.30pg waktu thiland kami transik ke van siam plak.brother ni dah le tak tau cakap orang putih tapi dia tau cakap melayu itu pun perkataan makan je dia tau.lepas tu aku bantai tidur je……tiba-tiba van berhenti.aku kaget rupanya sudah sampai ke perhentian ala macam R&R kat sini itu pun kat Trang.dengar kata Trang pun cantik gak.Cuma rehat-rehat skit buang air,tambah air.yang peliknya tempat kencing laki dia buat kat luar,pelik tapi aku bedal kencing je.hehehe.kena air red bull sebotol segar rasanya.murah gila air ni 100 bhat je=rm1.


Setelah melalui perjalanan yang berjam lamanya dalan van VIP tanpa radio lanssung dengan exzos HKS macam nak pergi perang.kami sampai di phuket dalam jam 5pm kot.arhhh lega sampai gak akhirnya.distinasi terakhir ni tinggal kami bertiga je.kami singah di agensi pelancongan di phuket.disambut dengan mesra oleh seorang bapok.ada dia kata muka aku macam member dia.macam-macam dia promosi kami tapi kami angguk je,tapi kami terpaksa booking gak hotel kat sana kerana dia ugut hotel sold out kat Patong kerana US Navy ada kat sana.dalam 4 ribu orang kot.tah betul tah tidak,siap dia tunjuk paper siam sebagai bukti,yang aku nampak hanya kapal navy je,semua dalam tulisan siam.sewa mahal gila 4hr3mlm,2 bilik kat 6000 bath beb.patut mahal la high season la,bukan low season apa la bob ni kata low season mana ilmu dia tuntut tah,kalo low season hanrga dia jatuh separuh dari harga biasa tau.Kami tinggal di Golden Beach guest House.boleh la tahan bersih dengan bilik mengadap reseption,nasip yang jaga reseption tu awek lawa!!kira hotel ni dekat gila dengan Patong beach,depan tu je,tapi agak gore kerana terpaksa melalui banyak rumah urut atau dalam bahasa kasar rumah jalang la tu…tuk sampai ke hotel.nasip la aku ni jenis iman kuat heheheh.malam tu tak banyak aktiviti.keluar jalan sat lepas tu balik tidur.ngantuk la.ini mungkit tabiat aku kot kalo pergi bercuti aku pasti tidur pada malam tu.Si bob boleh plak dia pi merayau sorang kat Bangra road.

Hari ke2

Selamat pagi Phuket,agak awal aku bangun,siap pergi jalan di patong beach,banyak mat n minah saleh relex je bogel.aku rasa la 10 orang di phulet ni 7 orang adalah pelancong kot,gila punya ramai mat saleh.Misi kami hari ini adalah makan,agak susuh nak cari makan halal di sekitar patong ni,punyalah jauh kami jalan baru jumpa restorent melayu dihadapan dengan masjid.Bedal la nasi,tapi tak sedap la beras siam ni rasa macam pulut skit dengan masakan apa-apa tah.aku tengok si jun pun makan skit je tapi bob ni dia bantai je.misi kedua pada hari ini ialah sewa motor plak,nak jalan tak larat dah.pulau phuket ni besar beb.balik hotel kami jumpa abang entah apa nama,aku namakan abg K.memang sempoi abg ni,berasal dari naratiwat kot dan menetap di phuket orang melayu,siap tunjuk mana rumah dia banyak gak kami sembangkan.dia ajak kami ronda phuket ngan motor tapi tak sempat kerana dia perlu hantar costumer ke airport plak.dia macam pemandu pelancong kot.dia suruh call dia malam ni.dengan berbekalkan motor skuter sewa.250 bath shari.kena tinggal passport kat mereka plak. Kami ke Kamala beach.tempat orang melayu ni.singah ke pasar mlam nak beli sevinior skit,tapi aku tak beli pun.Kata abg K semua peniaga makanan di sini semua Islam.t shirt pun murah gak.apa yang melucukan kat sini semua orang angap si jun tu orang siam,dibantainya mereka cakap siam dengan dia apa lagi melopong la dia,mungkin jun ni ada sangkut denagn keturunan siam kot.Tu la aku tengok dia pun ada iras si pelakon drama siam ongbak tu.bob pulak seperti biasa memuaskan nafsu makan nya aku tengok dia dengan selamber bantai sotong bakar besar penyepak.Malamnya kami jumpa abg K.pergi tempak tiket tok ke pulau phi-phi dan snorkeling.lepas tu abg K bawa p ronda kat pesta Siam plak.Byak permainan hadiah pun besar-besar sekadar berjalan-jalan je.Bundle kat sini murah gila Levis 501 je baru 250bath semua elok lagi.Pusing Bagla road sekejap tengok night life kat situ.mamang happening kat sini.kami plan besok la masuk kelab tu pun kalo ada duet lebih….


Hari ke3

Hari ini kami paksa bangun awal kerana hendak ke phi-phi island.1000bath beb termasuk snokling,2 kali makan,jalan di phi-phi island.van mejemput kami didepan hotel ke jeti feri yang agak besar macam feri pi langkawi tu.apa yang pelik feri mereka parking dekat-dekat,kalo ko nak ke feri satu lagi perlu melalui feri yang pertama dulu.berjalan memakan masa hampir 2jam.snokeling kat sini macam palat haram tak cantik.pulau pangkor lagi cantik,kalo dengan pulau perhentian bak kata bob kawen dengan maya karin la,tak meching langsung.phi-phi island memang cantik pulau dia tersusun rapi.sedap mata memandang ditambah plak dengan awek siam yamg comel.petangnya kami pulang............

*****
Bersambung dilain kesempatan.....
Apakah yang terjadi seterusnya......

Saturday, January 8, 2011

Perang Dalam Diri


Semenjak dua menjak ni,aku jadi macam fobia nak pergi tempat tumpuan ramai macam jom heboh,pasar malam,pesta penang,famili day,ceramah politik mahupun majlis makan-makan anjuran puteri umno kalo takda benda penting memang aku takkan pergi....terasa benda ni semua dan tak in ngan diri aku....sampaikan member ajak keluar rewang pun dah malas tahap gaban..kadang-kadang aku rasa macam alien pun ada.....adakan aku datang dari galaxsi baragus....adakah aku sedang menghadapi krisis nuclear dalam diri aku....jika tidak ditangani dengan segera boleh memudaratkan ekologi kestabilan alam...hanya satu ubat yang dapat mengcurekan,iaitu aku perlu menghadiri gig 'Nuclear Death Terror' di one cafe KL......ko tunggu K-Town crusty......aku sampai bawa bom nuclear amerika yang dah masuk angin.....harap diorang main sampai patces kat seluar tertanggal....


Update:haram sungguh tak leh p plak...modai kurang....d90 punya pasai keh keh keh.....

Tuesday, December 28, 2010

Perhentian island






Ini antara trip yang paling lama dirancang...setelah diaur-aurkan oleh bob satu kilang belacan tempat keja kami,selama berminggu-minggu tanpa jemu...tapi yang merana kami yang dok dengar dia cerita,hanya 5 orang sahaja yang berani menyahut cabaran ini yang perlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi...tapisan yang ketat tak perlu dijalankan kerana ini adalah yang terbaik...terbaik joe...

Bob,Aku,Jun sengai,M.nasir(dengan sokongan padu isteri),Am one more.

Kami terpaksa gerak sebelah malam,untuk menghindari strok panas,melalui jalan grik..mengunakan kenderaan prebet sapu yakni waja mivec jun dan kereta pinjam kancil supercharge ajib.jalan grik memang mencabar skil pemanduan dengan xtitut ketinggian yang tidak rata...tidak boleh memandu laju takut terlanggar rusa yang sedang sparing ...lepas je tasik banding,bertambah cabaran dengan jalan sempit,lubang-lubang,lori treler lembab,terserempak gajah liar...

'seperti membelah banjaran titiwangsa bersama tiq zakiah' kata bob penuh keyakinan....

kepala aku dah pening-pening lalat,aku tanpa melengahkan masa terus zzzzzzzzz....

Besoknya paginya kami selamat masuk kelantan....berenti makan,tapi aku tak selera kerana masih kepeningan minum je takut gak nanti keluar balik....dalam jam 11am kami sampai di jeti kuala besut......terus cari parking dan ambil tiket bot laju yang telah kami booking..bot laju ni kecil je boleh muat dalam berapa orang je,jeket keselamatan adalah wajib dipakai.ia mengambil masa 45 minit gak untuk sampai ke pulau dengan tambang pergi balik rm75.dan pas masuk oleh taman laut rm5 seorang.sebelum korang ke sana perlulah stanby banyak-banyak air mineral,roti atau maggi kerana harga makanan sangat mahal di sana.itu pun kalo korang ada bajet ciput macam kami ni.

Lagi 2 @ 1km dari pantai sudah kelihatan air laut yang jernih kehijauwan,rasa macam nak terjun mandi je,aku lihat jun dah buang baju tapi dihalang oleh am one more dengan segera,relex kata m.nasir walaupun aku tengok kakinya dah berada dalam air.

Akhirnya kami sampai di mama's syalet.tempat penginapan kami,terus kami checkin dalam rm90 kot semalam.lepas simpan bag kami ronda sekitar pulau.lupa plak nak bagi tau kami tinggal di perhentian besar....hari pertama tak banyak xtiviti yang kami buat,,hanya jalan2,mandi laut dll.makan kat sini mahal nak mampus dan x boleh blah plak.tapi ini je yang ada sental jela.malamnya relax je,kalo la mai honeymoon sini bestnya....sunyi,aman,damai dan sewaktu dengannya arkhhhh.

Besoknya kami akan snookling plak,dlm rm30 sorang dalam masa 4 jam gitu,mereka akan bawa kami ke berapa tempat antara yang aku ingat shark point,terumpu karang,turtle landing dll.lepas ni mungkin aku nak dive plak tapi nak dapat lesennya mahal la.carol kat sini menang cantik,celaka punya cantik.....itu pun mengikut kata abang ni 10tahun dulu lagi cantik,dah la pun cantik...semua ikan,siput,cenkerang,carol,kambing adalah bahan yang tidak boleh diambil disini.ini kerana perhentian adalah kawasan yang diwartakan sebagai taman laut negara....awek sini dibolehkan jika tidak diwartakan.petang plak kami pergi snookling di persekitaran pantai,berdekatan perhentian island resort.tepi pantai pun cantik gila dipunya carol....pantainya pun landai je sesuai untuk kanak-kanak mandi.kata orang perhentian kecil lagi happening dari perhentian besar....kat sana ramai mat saleh yang muda-mudi bercuti berbanding disini lebih kepada yang berkeluarga....tapi sini pun dah best pa...malamnya aku takleh tidoq pasai bahu krem,banyak berenang kot....

Hari terakhir kami disini dilakukan dengan mandi laut lagi,pukul 12 kami bersiap nak check out....45 minit kemudian kami sampai ke jeti kuala besut...aku try contek tengku,kata dia jauh dari rumah dia,dia suruh kontek Acap batu rakit tapi keja plak...takpa la nak buat macam mana masing-masing sibuk...dalam perjalanan pulang sempat borong banyak keropok lekor ...

Kami cadang nak ke kelantan dulu,jauh gak nak ke kota bharu...sampai sana kami ke pasar besar Siti Wan Kadijah....macam-macam ada,dia punya songket punya la lawa,kalo beli stanby nak kawen pun munasabah gak ni,tapi harga perhhhh,hanya window shoping je panas la..tak sempat plak nak ke wakaf cek yeah.....lepak jap di PCB...malamnya kami gerak balik ke kedah....akhirnya selamat sampai.

Percutian ke pantai timur yang best...awek sana pun cun-cun belaka.....rasanya lepas ni nak ke kelantan plak barang sari dua....mana tau terjumpa masa depan ke...kah kah kah...

Tuesday, December 14, 2010

Trip jb,melaka,kl






Kali ni kami merancang untuk trip ke tiga negeri dlm masa 3hari,keja gila..aku tak tau apa-apa pasal jb dan melaka,tapi kl 2 adalah rumah kedua aku,kah kah kah

Setelah membuat perancangan selama sebulan lebih dan dalam sebulan tu letih gak aku mendengar bob dok cerita pasal trip ni....

Setelah dilakukan tapisan yg ketat 11 orng jejaka yg tidak diterima untuk ke angkasa bersama syed muzafar..dipilih menyertai trip yg lagi berfaedah dan mencabar ni.semua lelaki,wanita tak da ka yang berminat,jangan takut kami bukan gay atau charles manson.

setelah membuat sedikit meeting di nasi kandar geleng bagan dalam atas tajaan sendiri,segala bajet,tarikh,masa,kenderaan..sebulat suara ditetapkan..

Kami gerak mlm hari,mengunakan roket appolo sewa,keluaran toyota.van sapa tah depa sewa....plan kami terus ke JB dulu.....

1st day JB.

Pagi nya kami sampai di tol kulai jaya...menunggu pemandu pelencong tak berbayar saudara acyd....member lama aku....lama gak aku x jumpa dia,kali terakhir di kl kot di gig famme fest...masih seperti dahulu,aku lihat semakin sasau..
kah kah kah...
masih setia dengan rokok kreteknya...sudah ngeband sekarang dan editor zine 'ranjau dijalanan'..acyd datang dengan yamaha ss bikin dia...terus bawa kami ke hotel di kulai lupa plak nama otel tu..babi sewa hotel murah gila,semalam seorang rm15 je,bilik pun selesa...petangnya kami gerak untuk ke jb.dalam perjalanan acyd ada gak tunjuk mana rumah adik angkat kesayangan dia si 'pancung',....makan dulu,aku pekena soto nasi...pusing-pusing stualang,lepak danga bay........
ooo ni la danga bay yang menjadi kebanggaan rakyat johor ni...malamnya kami ke majidee pekena abc killer n round bandar jb,
masuk pasaraya yg depan macam kl sentral aku tengok..

bagi aku la,jb sama je macam kl cuma makanan dia agak istimewa skit biasa la jawa.yang istimewanya kalo kedah masuk je terus nampak sawah padi terbentang luas kalo johor plak terus nampak ladang kelapa sawit....punk kelapa sawit bertemu punk petani kah kah kah..

Terima kasih kepada acyd kerana sudi menjadi tour guide kami....

2nd day melaka..

Dalam tengahhari kami sampai melaka selepas singgah di R&R yang banyak lalat tu...ini juga kali pertama aku sampai melaka bandar kesayangan mat komando.negeri bersejarah,negeri cencaluk...apa cerita mat komando ni dah kawen ke belum....mula-mula rasa aku nak kontek mat komando ni,tapi memandangkan kami singgah kejab je tak payah kot...sampai je bandar hilir kami jalan-jalan lihat kawasan sejarah...gereja lama,a famosa dan macam-macam lagi.singgah beli t-shirt sebarang dua....buat kenangan... Tak nampak pun awek-awek berdenyut kat sini...mungkin mereka tak suka lepak sini kot...petang tu juga kami gerak ke kl......melaka memang penuh dengan banggunan bersejarah mengingatkan aku kepada penang....
Petangnya kami sampai kl,terus ke rumah tumpangan 'bintang quest house' ini antara hotel paling cikai dan murah di kl ni.terletak di jalan alor,bukit bintang...merupakan tempat yang kerap disingah jika ke kl.bilik kosong selalu ada,sewa murah,tandas kat luar,sepoi betul,free wifi,kalo bernasip baik boleh jumpa gro-gro club malam sewa bilik sebelah...perhhhh tergugat beb...

3rd day KL

Malas la nak cerita pasal kl ni.......jumpa lagi di lain trip....cilaka parking bawah klcc dan sogo mahal nak mampus....kapitalis betul...