Monday, June 4, 2012

Analena-Inconstantinopolis

Terkejut aku apabila aku dapat tau analena keluar album baru....dah berapa tahun dah sejak album 'carbon based' keluar,agak-agak dalam tahun 2004 kot...kot la...aku pun dah lupa,ini pun aku jumpa secara tak sengaja dalam e-bay...mulanya nak cari album 'carbon based' dalam format Lp..tiba-tiba keluar plak album ini,kira dengan pertukaran wang dan kos shipping agak munasabah dan dalam kemanpuan aku terus booking...label dari Holand.

Mulanya aku ingat dah RIP dan band ni tapi masih hidup lagi..hehehe..

Ana selaku vokal masih setia menjerit untuk band ini...sebenarnya aku kenal band ini adalah dari 'embrace zine compilation tape'....gabungan dari band hardcore seantero dunia pilihan personal si Saha empunya embrace zine...

Ok zaman tu istilah emo tengah in dan aku juga tidak berkecuali...ini antara band yang aku cukup tertarik dalam kompilasi tu....selain Seing Red,Denali dan berapa nama yang aku dah lupa...

Ok band ni berasal dari Crotia n band ni sangat direkomenkan oleh Saha...aku dapat album pertama  mereka pun dari dia...aku suka band ni sebab ia mengingatkan aku kepada At The Drive-in...entah aku pun tak tahu dimana kesakmaan itu..mungkin ini versi perempuan ATDI...vokal Ana memang membuat aku jatuh cinta diselangi dengan iringan gitar yang sedang bergaduh..dengan lirikal yang agak personal...mungkin..

Bagi album baru ni aku sudah hilang rasa yang aku rasa dahulu...zaman berubah kot tapi yang pasti aku juga berubah...walaupun aku teliti lirik dan musik masih mengekalkan apa yang mereka buat dahulu..tapi dengan sedikit mellow la...tapi apapun aku masih dapat enjoy lagi kebingitan musik mereka..


Side 1

108:sedar calling down

Comic relief

Valley of things

Off with my hand

Harror vacoi


Side 2

Inconstantinopolis

Sity of sunday

Life in exclamation

Life in exclamation marks

Heads of tails

Seven cakes of toilet soap:an alternative ending


p/s dengar cerita band We Ride best..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 3, 2012

Carburator Dung-the allure of manure



Bagi pendapat peribadi aku ini merupakan album dari Dung yang paling aku suka,walaupun bukan full relise tapi boleh juga dikatogerikan sebagai meterial penuh mereka...8 lagu dipersembahkan dengan penuh semangat punk rock yang kental...

Masa baru keluar dulu aku agak terkejut dengan hala tuju musiknya..campuran hardcore keras yang kuat tak macam album sebelum itu...yang aku rasa dipegang hingga kini...mungkin dead keneddy sebagai rujukan melulu dari aku..

Lirikal dung banyak bercerita pasal keadaan semasa dan masih releven hingga kini (peh ayat peguam)

Lagu pun dapat singalong hingga kini....

Album ni juga aku rasa bersangkut paut dengan filem dari 'jemapoh ke menceste'

Dan yang paling aku suka line up masa tu...

Line up paling klasik aku rasa dengan joe,lee,olie dan fendi dengan bro aru sebagai guest vok...


Diterbitkan oleh label AGE label joe kid sebelum periuk nasiknya...takda ka sapa-sapa nak relise kembali album ni dalam format piring hitam ka..


Side A & B

Our voice/the flag

The line

Payday

Wide awake

Do nothing

Don't wanna be you

Happy

Hole..


  p/s tengah dok pikir nak review album 'ingin ku rejam raksasa kejam' plak..


Published with Blogger-droid v2.0.4