Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Hardcore Detonation Attack Kuala Lumpur 31/12/2009








Osmantikos
Flesh Disgorged
Krupskaya
Pisschirst
Blood On Wedding Dress
Ferocious Inferno
Infinite Delay


Selamat akhirnya aku sampai di puduraya di tengahhari rabu yang hening ini.sampai juga aku ke kota lanun ini (kata marzuqie),setelah menaiki pengangkutan awam paling efisent di Malaysia bas exprest,nak bantai laju je drebar bas ni.Rasanya kali terakhir aku aku sampai kl dalam bulan 9 atau 10 kot untuk konvo adik aku di UiTM .Tidak banyak yang berubah udaranya masih segar dengan asap kenderaan,penduduknya masih terkejar-kejar mengejar sesuatu yang belum pasti,terima kasih kepada saudara Qie dan pasangannya lynn kerana menjemput dan memberi tumpang di kediaman mereka.Gig Hardcore detonation attack dijangka berlansung pada esoknya dalam jam 5pm kot.Aku sampai di perkarangan Noise studio dalam jam 6pm apa pun tak ada lagi dalam hati betul ke gig ada hari ini atau dan dicencer mungkin bermula lambat kot ala maklumla Malaysia,semua mau lambat.
Osmantikos merupakan first band yang perform pada malam itu,walaupun bermula lambat gila dalam Pukul 8.30malam,2 orang member yang menemani aku hampir kena stroke kekejangan kerana terlalu lama menungu,Bila scene kita akan berubah?Tetapi terasa berbaloi kerana dapat melihat osmantikos bemain live didepan mata,ini antara sebab aku ke KL untuk menonton gig ini.Sejak kali pertama mendengar 7’ mereka aku tertanya bila agaknya dapat melihat live act mereka,kalo nak tunggu mereka bermain di penang alamat kempunan la.Dengan kesibukan setiap line up mereka,susah nak dikumpulkan bersama kata en Borhan.Walaupun bermain agak kaku tanpa aksi kurang siuman dan suasana gig yang belum panas lagi.Dimulakan dengan pembukaan lagu ‘I am dead yet’ dari 7’ mereka,mereka memainkan 7 buah lagu termasuk lagu terbaru split dengan Distrust dan sebuah lagu cover dari Tragedy iaitu ‘beggining at the end’.Pemainan dari Yautsh memang memukau,relex je ketuk dram.
Second act pada malam ni adalah dari Singapore iaitu Flesh Disgorged,dengar nama aku agak mereka main music grindcore berelemaem gore kot.tapi agak memgerunkan setiap line up band ini seperti baru lepas berbunuhan sesame sendiri dengan badan,muka,baju dipenuhi dengan darah (tapi aku bajet sos tomato kot,tak pun pencelup air sirap hehehehe)mainanan music grind yang mantap dari setiap ahli,aku nak dok dekat pun was-was,nanti terpercik darah,maunya kena lense kemera plak,sapa mau ganti?,Set mereka agak menhiburkan walaupun dalam keadaan gore yang melampau.Aku rasa kalo Bob jumpa tengah malam macam ni tak cukup tanah dia lari,walaupun badan dia kecil skit je dari Bigshow yang belakon gusti tu.
Krupskaya band seterusnya plak dari UK,Mereka memainkan music technical epic grind kot mengikut apa yang tertulis di flyer.Sebelum datang aku ada dengar material mereka di myspace,konon nak dengar dulu mcam mana?Hebat gak music mereka,padat,menghentam tanpa belas kasihan dengan vocal macam mesingun m16,grind mereka ada element metal yang agak kuat,kalo lagi kuat rasanya aku dah tak boleh masuk dah,tapi ini masih dapat diterima telinga aku.Nyanyian yang beremosi,aku agak-agak dengan melihat mimic muka si penyanyinya.Dengan rambut dreadlock yang sempoi,satu yang aku suka jika vokalnya bercakap dah macam vocal sipenyanyi napalm death la plak siapa tah nama aku pun lupa.Set mereka diakhiri dengan tepukan gemuruh dari para menonton yang dihormati.
Seterusnya adalah band hightlite pada malam ini,distort Melbourne iaitu pisschirst,bersempena dengan hardcore detonation attack SEA,kenapa mereka tak bawa band farmtid dari jepun yang split 7’ dalam hardcore detonation attack tu dengan mereka,kalo tidak tentu lagi kecoh.Terasa aura raw punk d-beat semasa mereka memasang kain rentang di belakang pentas .kelihatan para penoton pun tak sabar-sabar menanti kemunculan mereka.Memulakan lagu pembukaan ‘punk is love’ dari album kedua mereka ‘victim of faith’,keadaan di mostpit sudah tak terkawal,mana perginya abang Rela dan FRU yang menjaga hadapan pentas tadi,mereka pun sama-sama menari,sehinggakan aku pula terpaksa menahan sound system dari kanan pentas dari ditolak oleh penonton yang mengila.Nyanyian dari saudara yeap memang rabak dan mencengkan sanubari,kalo masuk AJL tentu dapat vokol terbaik ni.dengan aksi lompat hardcore dan bodyslam keatas penonton.kelihatan pemain gitar saudara dave hanya relex memetik gitar,dia adalah individu yang agak familie bagi aku,kerana sudah dua tiga kali aku lihat dia bertandang ke sini,dulu dengan conquest for death dan straight jaket nation.Aku berharap mereka memainkan lagu dari album pertama iaitu ‘fight back’ ataupun ‘pecah kepala’ penantian aku rupanya tak lama ,kedenganran intro lagu pecah kepala berkumandang,suasana semakin meribut,aku harap selepas tamat lagu ini,tiada yang pecah kepala terlangar dinding mahupun pejelapok atas lantai,syukur semuanya selamat,Cuma aku lihatsi vokalnya yang mendapat sedikit luka di bawah rusuk kanan,mungkin dia sendiri pun tak perasan.Mereka menaikan 11 buah lagu pada malam itu.lagu terakhir pada malam itu adalah lagu ‘all out war’.si pemain dram kelihatan kepenatan seperti belari pulang ke astralia.Ini antara persembahan terbaik pada tahun ini.syabas bety,syabas pisschirst kata anitab bachan di sebelah aku.Gig terpaksa ditunda kerana perlu membetulkan bass dram yang terkopak,agak memakan masa yang lama gak.
Band seterusnya adalah Blood On Wedding Dress (BOWD).Rasanya sudah agak lama gak aku tak melihat aksi mereka,yang terakhir di Jitra kot dalam 3 atau 2 tahun sudah.Mereka hanya memainkan 3 ke 4 lagu je mungkin kesuntukan masa kot.melihat aksi mereka memang gila-gila dan huru-hara terutamanya si pemain gitar iatu pak tua walaupun umur masih muda lagi.hayunan dan libasan gitar kekiri kanan atas bawah sambil berlari kekawasan penonton,Rasanya mereka tak membawapun lagu kegemaran aku iatu ‘ apple the dragon slayer’ .Aku tak berkesempatan melihat aksi kedua band terakhir iaitu Ferocious Inferno dan infinite delay kerana perlu bergegas pulang.bagi aku semua band yang perform berjaya dengan persembahan yang menhiburkan dan hebat.Semua kelihatan professional tidak malu-malu dan tidak mebelakangkan penonton.Kalo apparatus perform sama pada malam ini tentu lagi havoc,apapun ini antara gig terbaik semperna penutup tahun 2009 ini.harap pada tahun hadapan lebih banyak internasional act yang akan tour ke sini,selamat tahun baru.Jom kita pergi lihat orang bakar duet kat KLCC


P/S sebenarnya dah lama aku buat ni untuk zine ranjau dijalanan isu 3 kot...
zine tu pun aku tak pasti ada tak lagi mungkin dah soud out kot..

Tuesday, December 28, 2010

Perhentian island






Ini antara trip yang paling lama dirancang...setelah diaur-aurkan oleh bob satu kilang belacan tempat keja kami,selama berminggu-minggu tanpa jemu...tapi yang merana kami yang dok dengar dia cerita,hanya 5 orang sahaja yang berani menyahut cabaran ini yang perlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi...tapisan yang ketat tak perlu dijalankan kerana ini adalah yang terbaik...terbaik joe...

Bob,Aku,Jun sengai,M.nasir(dengan sokongan padu isteri),Am one more.

Kami terpaksa gerak sebelah malam,untuk menghindari strok panas,melalui jalan grik..mengunakan kenderaan prebet sapu yakni waja mivec jun dan kereta pinjam kancil supercharge ajib.jalan grik memang mencabar skil pemanduan dengan xtitut ketinggian yang tidak rata...tidak boleh memandu laju takut terlanggar rusa yang sedang sparing ...lepas je tasik banding,bertambah cabaran dengan jalan sempit,lubang-lubang,lori treler lembab,terserempak gajah liar...

'seperti membelah banjaran titiwangsa bersama tiq zakiah' kata bob penuh keyakinan....

kepala aku dah pening-pening lalat,aku tanpa melengahkan masa terus zzzzzzzzz....

Besoknya paginya kami selamat masuk kelantan....berenti makan,tapi aku tak selera kerana masih kepeningan minum je takut gak nanti keluar balik....dalam jam 11am kami sampai di jeti kuala besut......terus cari parking dan ambil tiket bot laju yang telah kami booking..bot laju ni kecil je boleh muat dalam berapa orang je,jeket keselamatan adalah wajib dipakai.ia mengambil masa 45 minit gak untuk sampai ke pulau dengan tambang pergi balik rm75.dan pas masuk oleh taman laut rm5 seorang.sebelum korang ke sana perlulah stanby banyak-banyak air mineral,roti atau maggi kerana harga makanan sangat mahal di sana.itu pun kalo korang ada bajet ciput macam kami ni.

Lagi 2 @ 1km dari pantai sudah kelihatan air laut yang jernih kehijauwan,rasa macam nak terjun mandi je,aku lihat jun dah buang baju tapi dihalang oleh am one more dengan segera,relex kata m.nasir walaupun aku tengok kakinya dah berada dalam air.

Akhirnya kami sampai di mama's syalet.tempat penginapan kami,terus kami checkin dalam rm90 kot semalam.lepas simpan bag kami ronda sekitar pulau.lupa plak nak bagi tau kami tinggal di perhentian besar....hari pertama tak banyak xtiviti yang kami buat,,hanya jalan2,mandi laut dll.makan kat sini mahal nak mampus dan x boleh blah plak.tapi ini je yang ada sental jela.malamnya relax je,kalo la mai honeymoon sini bestnya....sunyi,aman,damai dan sewaktu dengannya arkhhhh.

Besoknya kami akan snookling plak,dlm rm30 sorang dalam masa 4 jam gitu,mereka akan bawa kami ke berapa tempat antara yang aku ingat shark point,terumpu karang,turtle landing dll.lepas ni mungkin aku nak dive plak tapi nak dapat lesennya mahal la.carol kat sini menang cantik,celaka punya cantik.....itu pun mengikut kata abang ni 10tahun dulu lagi cantik,dah la pun cantik...semua ikan,siput,cenkerang,carol,kambing adalah bahan yang tidak boleh diambil disini.ini kerana perhentian adalah kawasan yang diwartakan sebagai taman laut negara....awek sini dibolehkan jika tidak diwartakan.petang plak kami pergi snookling di persekitaran pantai,berdekatan perhentian island resort.tepi pantai pun cantik gila dipunya carol....pantainya pun landai je sesuai untuk kanak-kanak mandi.kata orang perhentian kecil lagi happening dari perhentian besar....kat sana ramai mat saleh yang muda-mudi bercuti berbanding disini lebih kepada yang berkeluarga....tapi sini pun dah best pa...malamnya aku takleh tidoq pasai bahu krem,banyak berenang kot....

Hari terakhir kami disini dilakukan dengan mandi laut lagi,pukul 12 kami bersiap nak check out....45 minit kemudian kami sampai ke jeti kuala besut...aku try contek tengku,kata dia jauh dari rumah dia,dia suruh kontek Acap batu rakit tapi keja plak...takpa la nak buat macam mana masing-masing sibuk...dalam perjalanan pulang sempat borong banyak keropok lekor ...

Kami cadang nak ke kelantan dulu,jauh gak nak ke kota bharu...sampai sana kami ke pasar besar Siti Wan Kadijah....macam-macam ada,dia punya songket punya la lawa,kalo beli stanby nak kawen pun munasabah gak ni,tapi harga perhhhh,hanya window shoping je panas la..tak sempat plak nak ke wakaf cek yeah.....lepak jap di PCB...malamnya kami gerak balik ke kedah....akhirnya selamat sampai.

Percutian ke pantai timur yang best...awek sana pun cun-cun belaka.....rasanya lepas ni nak ke kelantan plak barang sari dua....mana tau terjumpa masa depan ke...kah kah kah...

Thursday, November 25, 2010

Tripping ep-Krongek

Bersempena ngan cuti apa tah rasa 1 may kot,aku plan ngan member nak ke krongek di selatan thai.krongek terkenal dengan pekan sehari yang hanya menjual bundle je,diulangi bundle je....

bagi sapa tak tau pa itu bundle adalah binatang berkali lapan,kalo orang malaysia tau kot pa itu bundle..baju,seluar,beg segalanya terpakai.....

kami gerak malam jumaat,berkumpul di rumah amer blerang rumah sewa macam tongkang pecah,ada ketupat raya tahun bila tah pun masih tergantung di tingkap,tak termasuk stoking yang tergantung di gril pintu lagi ....kalo eric leong tengok komfon notis berenti keja 24jam,pasal idea jenious ni...dia pun tak terpikir delekrasion macam ni...

punya la lama menunggu,cilaka sungguh,dah la perut lapar....tahan gakkk....ini bob punya pasal la,kena p setal apa tah....kalo setel minggu depan ke tahun depan tak leh ka...

Setelah semua ahli sendiket dalam 10 orang gitu.cukup kami terus gerak ke perlis,ada kot dlm 3 biji keta...plan nak pekena ikan bakar dulu kat kuala perlis...
Sampai perlis pun dah lewat,kami gamber gak pekena ikan bakar....apa tah nama ikan bakar tu rasanya macam nama orng kot aini ke aina ikan bakar,yg pasti pelayan dia seorang nyah kot...aku rokomenkan korang kalo turun kedah atau perlis cuba ikan bakar di kuala perlis,murah n sedap beb....malam tu kami menumpang tidur di rumah mat duan.....

Besok paginya kami bertolak awal ke sempadan thai/malaysia bukit kayu hitam setelah pekena sarapan yang mak mad duan buat tau beli aku lupa....bencana menunggu menimpa lagi, setelah deal ngan pemandu van,kami dikenakan bayaran rm20 seorang pergi balik sambil pemandu van tuggu kami kat sana...imegresen malaysia tak ada masalah tapi sampai je imegresen thai jem plak....kami kena beratur hampir 1 jam lebih gak baru boleh cop pasport...gila punya ramai orang malaysia nak masuk ke sana...cari le hari lain....perjalanan dari pekan danok ke krongek mengambil masa 35min kot...ala dalam 40 kilo.

Sampai je sana.....

Mak oiii besarnya pasar sehari ni atau dalam bahasa siam nat.....semua bundle... semua bundle....atau senang kata,80% adalah bundle,rambang mata beb sampai x tau nak beli apa....kalo ko kaki bundle try datang sini...babi punya banyak bundle...majoriti penjual bundle di sini adalah melayu thai,bahasa bukan masalah dan duit memang masalah bagi aku tapi duit malaysia pun laku kat sini...kalo sapa minat baju band yang rare bersepah kat sini,harga pun murah dalam rm20 ke rm40 je banyak baju-baju band yang famous la.. aku ushar gak mana tau ada baju band grind tepu ke atau crusty ke apakan daya tak da plak...aku terpaksa sambar baju pink floyd-1978 tour dengan sublime(skapunk)............baru rm45...misi yang seterusnya aku perlu cari seluar plak...setelah mata kepinauwan mencari seluar...aaahhhhhh terlalu banyak pilihan...aku membuat keputusan ambil je seluar jeans volcom harga rm60....aku cuba gak cari seluar evisu atau denime tapi takda la.aku tanya depa kata susah nak jalan kalo seluar macam tu mahal katanya...levis 501 bersepah-sepah rage harga dlm rm60 gitu..kami gerak pulang dlm tengahhari panas beb....tak tahan la,singah pekan danok sekejab,member nak cari jersey bola...tak banyak masalah pabila melalui imgresen tak la jem macam nak masuk tadi.......

Kalo korang sampai pekan danok try cuba pulut ayam sedap bai....jangan cuba anak ayam dah......

Aaaahhhhh krongek aku pasti akan kembali......