Monday, May 9, 2011

Phuket Island

Part 1

Setelah rancangan selama berbulan untuk ke phuket akhirnya tertunai gak pada 4hr 2bln 2010 ari tu.

kami terpaksa bangun awal kira jam 4 pagi kerna van yang akan kami naiki akan bertolak jam 5pg.pada permulaannya kami bercadang nak naik bas ke phuket tapi memandangkan setelah ditolak dan ditambah lebih afdal rasanya naik van dari bas jimat skit rasanya.tambang dari penang terus ke phuket adalah rm80 seorang.senang cepat tak menyusahkan.dijangkkan perjalannan ini mengambil masa dalam 10 jam.huu gila lama nak mampus.dalam jam 7pg kami sampai di sempadan Malaysia/Thailand.Bukit Kayu Hitam.ini lah kali pertama aku melangkah keluar dari Malaysia.tak banyak masalah yang dihadapi di imigresent.manca yang bawa van macam pelesit dia bawa.aku tengok orang siam relex je bawa lori pikap.kami sampai di pekan danok yang terkenal dengan tempat berhibur dan membeli-belah.dalam jam 9pg waktu Malaysia dan 8pg waktu Thailand kami sampai di hatyai,kena transik ke van siam pulak.sempat makan sarapan bihun sup di sana.sejarah ni aku makan bihun sup pagi-pagi.lain skit rasanya macam bihun sup cina pun ada.apa pun bedal je janji halal.dalam poket aku ada 4800 bhat,rasanya tak cukup ni,tapi tawakal le.9.30pg waktu thiland kami transik ke van siam plak.brother ni dah le tak tau cakap orang putih tapi dia tau cakap melayu itu pun perkataan makan je dia tau.lepas tu aku bantai tidur je……tiba-tiba van berhenti.aku kaget rupanya sudah sampai ke perhentian ala macam R&R kat sini itu pun kat Trang.dengar kata Trang pun cantik gak.Cuma rehat-rehat skit buang air,tambah air.yang peliknya tempat kencing laki dia buat kat luar,pelik tapi aku bedal kencing je.hehehe.kena air red bull sebotol segar rasanya.murah gila air ni 100 bhat je=rm1.


Setelah melalui perjalanan yang berjam lamanya dalan van VIP tanpa radio lanssung dengan exzos HKS macam nak pergi perang.kami sampai di phuket dalam jam 5pm kot.arhhh lega sampai gak akhirnya.distinasi terakhir ni tinggal kami bertiga je.kami singah di agensi pelancongan di phuket.disambut dengan mesra oleh seorang bapok.ada dia kata muka aku macam member dia.macam-macam dia promosi kami tapi kami angguk je,tapi kami terpaksa booking gak hotel kat sana kerana dia ugut hotel sold out kat Patong kerana US Navy ada kat sana.dalam 4 ribu orang kot.tah betul tah tidak,siap dia tunjuk paper siam sebagai bukti,yang aku nampak hanya kapal navy je,semua dalam tulisan siam.sewa mahal gila 4hr3mlm,2 bilik kat 6000 bath beb.patut mahal la high season la,bukan low season apa la bob ni kata low season mana ilmu dia tuntut tah,kalo low season hanrga dia jatuh separuh dari harga biasa tau.Kami tinggal di Golden Beach guest House.boleh la tahan bersih dengan bilik mengadap reseption,nasip yang jaga reseption tu awek lawa!!kira hotel ni dekat gila dengan Patong beach,depan tu je,tapi agak gore kerana terpaksa melalui banyak rumah urut atau dalam bahasa kasar rumah jalang la tu…tuk sampai ke hotel.nasip la aku ni jenis iman kuat heheheh.malam tu tak banyak aktiviti.keluar jalan sat lepas tu balik tidur.ngantuk la.ini mungkit tabiat aku kot kalo pergi bercuti aku pasti tidur pada malam tu.Si bob boleh plak dia pi merayau sorang kat Bangra road.

Hari ke2

Selamat pagi Phuket,agak awal aku bangun,siap pergi jalan di patong beach,banyak mat n minah saleh relex je bogel.aku rasa la 10 orang di phulet ni 7 orang adalah pelancong kot,gila punya ramai mat saleh.Misi kami hari ini adalah makan,agak susuh nak cari makan halal di sekitar patong ni,punyalah jauh kami jalan baru jumpa restorent melayu dihadapan dengan masjid.Bedal la nasi,tapi tak sedap la beras siam ni rasa macam pulut skit dengan masakan apa-apa tah.aku tengok si jun pun makan skit je tapi bob ni dia bantai je.misi kedua pada hari ini ialah sewa motor plak,nak jalan tak larat dah.pulau phuket ni besar beb.balik hotel kami jumpa abang entah apa nama,aku namakan abg K.memang sempoi abg ni,berasal dari naratiwat kot dan menetap di phuket orang melayu,siap tunjuk mana rumah dia banyak gak kami sembangkan.dia ajak kami ronda phuket ngan motor tapi tak sempat kerana dia perlu hantar costumer ke airport plak.dia macam pemandu pelancong kot.dia suruh call dia malam ni.dengan berbekalkan motor skuter sewa.250 bath shari.kena tinggal passport kat mereka plak. Kami ke Kamala beach.tempat orang melayu ni.singah ke pasar mlam nak beli sevinior skit,tapi aku tak beli pun.Kata abg K semua peniaga makanan di sini semua Islam.t shirt pun murah gak.apa yang melucukan kat sini semua orang angap si jun tu orang siam,dibantainya mereka cakap siam dengan dia apa lagi melopong la dia,mungkin jun ni ada sangkut denagn keturunan siam kot.Tu la aku tengok dia pun ada iras si pelakon drama siam ongbak tu.bob pulak seperti biasa memuaskan nafsu makan nya aku tengok dia dengan selamber bantai sotong bakar besar penyepak.Malamnya kami jumpa abg K.pergi tempak tiket tok ke pulau phi-phi dan snorkeling.lepas tu abg K bawa p ronda kat pesta Siam plak.Byak permainan hadiah pun besar-besar sekadar berjalan-jalan je.Bundle kat sini murah gila Levis 501 je baru 250bath semua elok lagi.Pusing Bagla road sekejap tengok night life kat situ.mamang happening kat sini.kami plan besok la masuk kelab tu pun kalo ada duet lebih….


Hari ke3

Hari ini kami paksa bangun awal kerana hendak ke phi-phi island.1000bath beb termasuk snokling,2 kali makan,jalan di phi-phi island.van mejemput kami didepan hotel ke jeti feri yang agak besar macam feri pi langkawi tu.apa yang pelik feri mereka parking dekat-dekat,kalo ko nak ke feri satu lagi perlu melalui feri yang pertama dulu.berjalan memakan masa hampir 2jam.snokeling kat sini macam palat haram tak cantik.pulau pangkor lagi cantik,kalo dengan pulau perhentian bak kata bob kawen dengan maya karin la,tak meching langsung.phi-phi island memang cantik pulau dia tersusun rapi.sedap mata memandang ditambah plak dengan awek siam yamg comel.petangnya kami pulang............

*****
Bersambung dilain kesempatan.....
Apakah yang terjadi seterusnya......

No comments:

Post a Comment