Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Perhentian island






Ini antara trip yang paling lama dirancang...setelah diaur-aurkan oleh bob satu kilang belacan tempat keja kami,selama berminggu-minggu tanpa jemu...tapi yang merana kami yang dok dengar dia cerita,hanya 5 orang sahaja yang berani menyahut cabaran ini yang perlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi...tapisan yang ketat tak perlu dijalankan kerana ini adalah yang terbaik...terbaik joe...

Bob,Aku,Jun sengai,M.nasir(dengan sokongan padu isteri),Am one more.

Kami terpaksa gerak sebelah malam,untuk menghindari strok panas,melalui jalan grik..mengunakan kenderaan prebet sapu yakni waja mivec jun dan kereta pinjam kancil supercharge ajib.jalan grik memang mencabar skil pemanduan dengan xtitut ketinggian yang tidak rata...tidak boleh memandu laju takut terlanggar rusa yang sedang sparing ...lepas je tasik banding,bertambah cabaran dengan jalan sempit,lubang-lubang,lori treler lembab,terserempak gajah liar...

'seperti membelah banjaran titiwangsa bersama tiq zakiah' kata bob penuh keyakinan....

kepala aku dah pening-pening lalat,aku tanpa melengahkan masa terus zzzzzzzzz....

Besoknya paginya kami selamat masuk kelantan....berenti makan,tapi aku tak selera kerana masih kepeningan minum je takut gak nanti keluar balik....dalam jam 11am kami sampai di jeti kuala besut......terus cari parking dan ambil tiket bot laju yang telah kami booking..bot laju ni kecil je boleh muat dalam berapa orang je,jeket keselamatan adalah wajib dipakai.ia mengambil masa 45 minit gak untuk sampai ke pulau dengan tambang pergi balik rm75.dan pas masuk oleh taman laut rm5 seorang.sebelum korang ke sana perlulah stanby banyak-banyak air mineral,roti atau maggi kerana harga makanan sangat mahal di sana.itu pun kalo korang ada bajet ciput macam kami ni.

Lagi 2 @ 1km dari pantai sudah kelihatan air laut yang jernih kehijauwan,rasa macam nak terjun mandi je,aku lihat jun dah buang baju tapi dihalang oleh am one more dengan segera,relex kata m.nasir walaupun aku tengok kakinya dah berada dalam air.

Akhirnya kami sampai di mama's syalet.tempat penginapan kami,terus kami checkin dalam rm90 kot semalam.lepas simpan bag kami ronda sekitar pulau.lupa plak nak bagi tau kami tinggal di perhentian besar....hari pertama tak banyak xtiviti yang kami buat,,hanya jalan2,mandi laut dll.makan kat sini mahal nak mampus dan x boleh blah plak.tapi ini je yang ada sental jela.malamnya relax je,kalo la mai honeymoon sini bestnya....sunyi,aman,damai dan sewaktu dengannya arkhhhh.

Besoknya kami akan snookling plak,dlm rm30 sorang dalam masa 4 jam gitu,mereka akan bawa kami ke berapa tempat antara yang aku ingat shark point,terumpu karang,turtle landing dll.lepas ni mungkin aku nak dive plak tapi nak dapat lesennya mahal la.carol kat sini menang cantik,celaka punya cantik.....itu pun mengikut kata abang ni 10tahun dulu lagi cantik,dah la pun cantik...semua ikan,siput,cenkerang,carol,kambing adalah bahan yang tidak boleh diambil disini.ini kerana perhentian adalah kawasan yang diwartakan sebagai taman laut negara....awek sini dibolehkan jika tidak diwartakan.petang plak kami pergi snookling di persekitaran pantai,berdekatan perhentian island resort.tepi pantai pun cantik gila dipunya carol....pantainya pun landai je sesuai untuk kanak-kanak mandi.kata orang perhentian kecil lagi happening dari perhentian besar....kat sana ramai mat saleh yang muda-mudi bercuti berbanding disini lebih kepada yang berkeluarga....tapi sini pun dah best pa...malamnya aku takleh tidoq pasai bahu krem,banyak berenang kot....

Hari terakhir kami disini dilakukan dengan mandi laut lagi,pukul 12 kami bersiap nak check out....45 minit kemudian kami sampai ke jeti kuala besut...aku try contek tengku,kata dia jauh dari rumah dia,dia suruh kontek Acap batu rakit tapi keja plak...takpa la nak buat macam mana masing-masing sibuk...dalam perjalanan pulang sempat borong banyak keropok lekor ...

Kami cadang nak ke kelantan dulu,jauh gak nak ke kota bharu...sampai sana kami ke pasar besar Siti Wan Kadijah....macam-macam ada,dia punya songket punya la lawa,kalo beli stanby nak kawen pun munasabah gak ni,tapi harga perhhhh,hanya window shoping je panas la..tak sempat plak nak ke wakaf cek yeah.....lepak jap di PCB...malamnya kami gerak balik ke kedah....akhirnya selamat sampai.

Percutian ke pantai timur yang best...awek sana pun cun-cun belaka.....rasanya lepas ni nak ke kelantan plak barang sari dua....mana tau terjumpa masa depan ke...kah kah kah...

Saturday, December 4, 2010

Nasi Kandar

Ranking yang dikeluarkan oleh ketua foklift merangkap pengerusi pemakan nasi kandar utara saudara yg berbahagia Bob....sambil ditouch up oleh aku....

1.Line Clear Penang-tengah makan kalo bernasip baik boleh tengok tikos besar kucing berlari bawah meja..ada koboi mamak pakai kain pelikat sama tali pingang p mekah ambil order sambil buat bising.terbaik bai kat sini...

2.Nasi Kandar Geleng,bagan dalam-buka dalam pukoi 1 pagi,kedai dah nak reban dah...rare gila sini sambil cedok nasi kepala geleng-geleng....

3.Nasi Kandar Beratur-tepi masjid kapitan keling,aku tak pernah p lagi tapi bob kata best,kedai kecik nak masuk sorang je lepas..

4.Nasi Kandar Pokok Ceri-dekat depan padang bola majlis bandaraya seberang jaya,aku tak pernah makan lagi,tapi pernah kena teh tarik teman bob makan.

5.Nasi Kandar Muhamidah,tah betul tak aku eja ni-dekat dengan line clear,dia punya sambal kelapa pa tah arrrhhh king..

Semua kedai ni ambil lauk pakai tangan je penyepit takrak...cuma aku belum jumpa lagi cedok kari pakai tangan je....tak pakai senduk..semua nasi kandar ni kedai tepi jalan je kecuali muhamidah je restoren yg lain beca roda tiga je...

Aku nak tambah satu....nasi minyak kat nasi kandar kassim mustafa di seberang jaya dekat sunway carnival tu best...tapi tengahhari je kot.....sekian wasalam....