Friday, April 8, 2011

Mimpi dalam mimpi.

Semalam satu masalah besar melanda aku....iaitu tak boleh tidur malam...itulah masalah kalo aku keja malam hendak dibawa berkerja siang plak....awal tu memang mata aku berat-seberatnya,nak layan drama melayu pun tidak berapa stim.....untuk memenuhi nafsu tidur aku...aku cuba untuk melelapkan mata.....terlelap je 15 minit aku terus terjaga.....ini boleh bikin amarah ni...cuba untuk pejam...dia takmau...bermacam-macam gaya tidur aku buat..mata tetap terang...pelbagai jenis petua aku amalkan mata tetap cerah.....

Setelah hampir 2 jam aku cuba untuk memelelapkan mata...aku terlena....itu pun sekejap ja....aku didatangi mimpi yang pelik...sepeliknya...di tempat yang sama...aku mimpi aku terasa dihimpit oleh satu benda yang besar atas badan aku......kaku seketika....tak boleh gerak.....dalam mimpi tu pelbagai jenis ayat dan jampi aku baca...tak berjaya gak...aku cuba petua orang lama....cuba gerakkan ibu jari.....ibu jari boleh gerak tapi badan aku still stuck...dan nak minta tolong pun tak boleh..suara tersekat...

Macam mana aku nak buat ni......aku kuatkan semangat yang sememangnya kuat ni untuk buka mata.....arhhhh berjaya...terus je buka mata...benda yang menghimpit aku hilang.....

Tapi yang aku ingat aku buka mata dua kali.....satu dalam mimpi dan satu lagi masa terjaga dari mimpi....pelik......

**********

Pagi tu aku terlajak tidur....alarm jam apa semua aku tak dengar....nasip baik tak terlewat ke tempat keja...ini penangan mimpi dalam mimpi la...itu la pesan orang veteran..jangan tidur memelentang...mengiring lebih afdal...

No comments:

Post a Comment