Saturday, October 9, 2010

your not alone in this

25 tahun keatas, Kita kenalinya sebagai 'krisis suku kehidupan'.Bila kita mula berhenti keluar dengan kawan-kawan dan mula menyedari banyak perkara tentang diri kita yang kita tidak tahu dan mungkin kita tidak menyukainya.Kita mula merasakan kurang senang dan mula membayangkan kemana kita akan berada dalam satu atau dua tahun mendatang.Dan mula merasa ketakutan kerana mengetahui dimana kita berada sekarang.

Kita mula menyedari yang manusia disekeliling kita terlalu mementingkan diri dan mungkin kawan yang kita kenal yang  amat rapat itu kita rasa adalah kawan yang paling baik yang pernah kita jumpa tetapi mereka yang kita tak pernah jumpa itu mungkin adalah mereka yang lebih penting lagi.Mungkin mereka yang kita tak kenal itu adalah mereka yang lebih baik, jujur,penyayang, tetapi seperti kita mereka juga dalam kekeliruan.

Lihat pada pekerjaan kita,walaupun kita merasakan kerja yang kita lakukan itu tidak sesuai dengan kehendak atau mungkin kalau kita hendak mencari atau memulakan perkerjaan baru tetapi terpaksa pula bermula dari bawah dan itu menakutkan kita.

Kita beranggapan yang  kita semakin kuat,kita lihat orang lain boleh buat  dan kita mula mengakimi lebih dari kebiasaannya dan tiba-tiba kita menyedari yang kita telah melebihi batasnya.Sesuatu benda yang kita suka atau tidak akan terus berlaku dalam kehidupan ini.Sekarang,kita akan berasa selamat tetapi  selepas sesaat kemudian siapa tahu.

Ketawa dan tangisan adalah lumrah dalam kehidupan.Merasa keseorangan,keliru dan ketakutan,dan tiba-tiba musuh yang paling dibenci bertukar dan kita cuba pula untuk bergantung kepada mereka.Dan pada besoknya kita menyedari yang masa berlalu semakin jauh meninggalkan kita,tiada apa yang boleh kita buat tetapi cuba untuk berada dimana yang kita percaya dan terus bergerak ke hadapan dan mulai merasa berkecamuk dan kenapa ia berlaku.

Seseorang yang kita suka akan banyak melakukan kesakitan dan pengkianatan keatas kita.Atau kita akan mula menipu dan berharap kenapa kita tidak berjumpa dengan seseorang yang benar-benar kita ingin kenali.Atau kita sukakan seseorang tetapi hanya menyukai seseorang tidak memadai dan kita tidak tahu kenapa kita buat ini semua kerana kita bukanlah seorang yang begitu baik .Berjumpa satu malam dan pilih siapa saja yang disukai kita akan mula kelihatan terhina.Mula membazir dan berkelakuan seperti orang bodoh,cukup menyedihkan.

Kita akan terus melalui satu persoalan dan emosi yang sama berulang kali,dan berbual dengan kawan-kawan topik yang sama kerana kita tidak dapat membuat pilihan.Mula risau tentang pinjaman,wang,masa depan dan cuba untuk meneruskan cabaran yang mendatang.....memenangi satu perlumbaan atau cabaran itu cukup membanggakan,tetapi hanya akan memuaskan hati sahaja.Apa yang kita tidak sedar ketika membaca tulisan ini.Kita berada di masa terbaik atau terburuk dalam kehidupan ini,cubalah dengan sepenuh hati sedaya yang mungkin untuk membuang sejauh mungkin benda yang dirasakan tidak perlu.

Biarkan kawan-kawan kita yang berumur dua puluh tahun dan keatas baca ini....mungkin ia dapat menolong seseorang merasakan yang mereka tidak keseorangan dalam melalui satu fasa kekeliruan dalam hidup ini.....

curi/alih dari
sXe...'lifetime'
By gwen...

No comments:

Post a Comment