Monday, April 23, 2012

Dari Beirut ke Jerusalem-Dr Ang Swee Chai.

Pelbagai perasaan bersarang dalam minda apabila membaca buku ini,walaupun ia lebih kepada jurnal atau pengalaman Dr ang swee chai semasa menjadi sukarelawan di kem Sabra Beirut,Lubnan awal 80an.....

Marah,kagum,geram & simpati bermain dalam minda takala membaca buku ini..

Kagum melihat beliau melakukan kerja sukarela diperbatasan perang....peluru tidak mengenal sesiapa pun....

Bagaimana diceritakan usaha beliau untuk memberitahu dunia betapa kejamnya Zionis tetapi dunia hanya memekakkan telinga memejamkan mata sahaja....anak kecil,wanita dan orang tua turut menjadi korban....

Rumah,hospital turut dibom...kesan lubang peluru berada dimerata-rata.....

Yang bermula sebagai sahabat dan rakan seperjuangan menjadi lawan...buku ini merupakan edisi alih bahasa...turut dipaparkan kata pengantar terbaru dari beliau 'setelah 25 tahun tragedi Sabra hingga kini Palestin terus bermandikan darah,bilakah keamanan akan muncul dibumi suci ini'....bagi beliau bangsa Palestin adalah bangsa yang paling tabah walaupun kehilangan seluruh keluarga tapi masih mampu tersenyum,diselitkan sekali dengan foto yang diambil sendiri oleh beliau semasa berada dikem Sabra....


D'eja vu Beirut-Kah Roes Shi....


        dimana lagi harus dijarah

   buat kita tak menunduk saja

atau pun belum cukup korbannya

            selagi bukan kita mangsanya

   bukan baru bukannya lama

hanya kita yang tak pernah merasa

        ataupun benar

            kita takkan kisah

selagi bukan kita yang derita

bumi disana terus berdarah

       luka disana semakin parah

De'ja vu Beirut!

 


Dari zine Ranjau Di Jalanan isu 3..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment