Sunday, November 4, 2012

Damage Digital - Delete

Aku pun heran macam mana aku beli kaset ni dulu...seingat aku aku tak tau band ni main stail apa...mungkin kerna keluaran dari label Age...label Joe kidd sebelum periuk nasinya...rasanya aku beli bersama dengan album Dung kot..Yang aku tau dulu banyak kali juga band jepun ni main kat Malaysia...mungkil pasal seorang ahlinya dari sini...

Aku suka gaya mainan grind depa ringkas sikit kucar-kacir dah element punk yang kuat...tak sia-sia aku beli...sampai sekarang masih boleh grind lagi kat radio 30 watt aku tu.....banyak juga lagu dalam album ni...yang cukup aku ingat adalah *garam masala* ala-ala nama pizza hut plak...


Tapi sayang dia punya kover dah melekat..tengok kover pun tekoyak rata dah..pasal lama sangat simpan...kavel pun ringkas ya amat ja...aku pun tak pasti berapa album yang penah dikeluarkan band ni..setahu aku ada kaset live terbaru dari mereka lirisan label sini-sini juga...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, November 1, 2012

Durian is food grind is good

Kerana album ni bila aku dengar ja lagu grind terus teringan durian...dah jadi macam trauma plak aku rasa...ya aku ingat durian is grind kakakaka..aku boleh simpulkan ini antara split terbaik dari kem bro bro grind...gabungan dari 4 negara cuba untuk menghancurkan durian...

Aku beli kaset ni pun pasal ada band Damage Digital je..pasal band tu je aku penah dengar album Delete kot....aku suka musik mereka...kacau strukturnya gila jeritannya...dan mereka dari Jepun dengan sorang komrad dari Malaysia..

Band kedua Torture Incident yang dapat aku kata laju gila dia punya dram...dari Indonesia Extreme Decay band grind lama ni...entah masih mengisar ke tak lagi...jika grind dari Indonesia tu dia ada satu bunyi istimewa mereka....aku pun tak tahu nak menerangkannya...

Demisor plak wakil kota singa..grind XXL ni....

Boleh kata semua band dalam kaset ni lama-lama semua..kaset ni pun tah tahun bila keluar...

Nasip baik boleh dengar lagi.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, October 5, 2012

Murtad-Hasrul Ridwan

Lama dah aku dapat buku ni..tu pun penulis dia bagi percuma kat aku....ala member lama..Hasrul Ridwan aka Mat Gorn....

Dan yang sadisnya aku ambil masa yang lama nak membaca dan bila baca sekejap ja habis.....ok cerita pun best...masa aku dapat buku ni aku berharap cerita dia tak macam novel alaf 20 atau cerita cinta angan tak berkesudahan....tapi reputasi novel dari FIXI ni pun bukan calang-calang juga...

Hang nasip baik mat gorn buat cerita style ni..kalo cinta di kayangan memang berbakul juga sumpah-seranah...

Tulisan pertama yang bagus..kalo dapat didikan yang sempurna..hang mungkin boleh hasilkan yang terbaik lagi...kakakaka...

Tapi yang babinya bila aku baca aku terbayang yang mat gorn ni sebagai hero...dia punya perasaan ketika tu macam lahanat..nak muntah pun ada juga...mungkin juga kerana aku suka baca buku autobiografi,terbawa kot..


Baik aku stop sebelum aku merepek yang bukan-bukan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, October 1, 2012

Sunday, September 30, 2012

Pisschirst/Framtid - Hardcore Detonation Attack 7'

Tora datang lagi dengan split terbaru mereka bersama dengan japans punk iatu framtid keh keh keh...ok lawak hambar.Kedua memainkan music punk keras dalam erti kata d-beat raw punk.setiap band menyumbangkan 3 buah lagu.

kita mulakan dengan framtid,ini kali pertama aku dengar lagu mereka,dengar kata antara band d-beat terbaik dari jepun.Cuma yang aku kurang suka adalah vocal mereka yang terlalu grow,terlalu metal aku rasa,nak kata crust kepak macam Age,Hellshock tak la pulak,music mereka tidak terlalu berat,tapi music mereka memang best terasa aura punk dari jepun.

Pisschirst pulak semua orang dah tahu macam mana music mereka,ok tak semua orang tau...saja bagi ala review URTV skit...kali ini semakin rabak aku rasa,vocal yeap memakin meneran dan merintih kemarahan terutamanya dalam lagu extinction,dengan alunan dram d-beat yang sempoi.tapi kenapa  kalo aku dengar dalam format cd kurang ummp la terlalu  plastic bunyinya la kurang feel,tak terasa rawnya tapi kalo dalam format piring hitam memang mantap la raw dia,terutama music crust,d-beat atau grind.bagi aku bunyi yang best adaklah dari vinly,kaset baru CD.apa yang aku merepek ni.Bagi yang paham bahasa jepun disediakan sekali lirik dalam bahasa itu.artwork cover depan dan belakang agak menarik,keluaran dari HCfact.

Tapi sedih aku rasa ni adalah rilisan terakhir dari pisschirst....


Pisschirst


extionction

never giveup

plastic security


Framtid


survive

stay againts

visions


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, September 25, 2012

Apparatus-Hardcore Religion

Akhirnya penantiaan yang agak panjang berakhir dengan rilisnya full length dari apparatus ini,walaupun ia dah lama dirakamkan dalam 2007 kot.dengar cerita Lp ini akan diriliskan oleh Yellow Dog dr jerman,lepas itu oleh black seed tetepi akhirnya ia diriliskan oleh Basment record dari Malaysia dan Shogunrecord dari perancis .projek 50/50 kot.separuh oleh bastment manakala lagi separuh oleh shugun record.Yang berada dalam tangan aku adalah dari rilisan Shugunrecord dengan cover warna kuning.manakala oleh basement berwarna merah. kali pertama record ni berputar atas turntable aku.arhhh nampaknya apparatus telah berubah sedikit dari segi vocal dan music yang terasa semakin matang.agak berlainan dari rilisan terdahulu terutamanya dari 'another night of holocaust'.alunan vocal oleh armvert semakin memeran dan agak garang dalam sesetengah part. Masih mengekalkan music d-beat dengan sedikit element rock n roll dalam permainan gitar

Gitar work yang semakin hebat walaupun sound yang terhasil agak kering mungkin ia sesuai dengan music mereka,ketukan drum d-beat oleh mob yus semakin memukau.aku cukup tertarik dengan lagu hardcore horrow .iaitu tentang mereka yang menjadi hardcore hari minggu je atau hardcore parttime kot entah leee macam-macam le.dan sebuah lagu cover dari disarm dari Sweden dengan bantuan vocal dari vakalis discarm sendiri iaitu Honsa berjudul 'lock up' Artwork dihadapan adalah nukilan armsvett  sivokalisnya iaitu artwork yang mungkin mewakili diri mereka sendiri .Satu yang mengecewakan aku adalah pakageing lp ini.kenapa mereka tak mengunakan cover lp atau gatefold cover ke nampak kemas skit.Apa-apa pun apparartus memang hebat.apparausasfuck.


dead ratts

under surveillance control

lock up (Disarm cover)

another night of holocaust

hardcore horror

crack cops skulls

apparatus as fuck

kannibalerna

night drawl shelter

taysen voiman hardcore apara

agoni

mangel slakt


From 'ranjau dijalanan' isu....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, September 7, 2012

Sigur Ros-Valtari LP

Terus-terang aku cakap aku masih tak dapat hadam lagi album ni...terlalu asing berbanding album sebelum ini...mungkin perlu masa....benda berat walaupun ia dihidang dalam bentuk yang lembut kadang-kadang susah nak hadam...


1. Ég Anda

2. Ekki Múkk

3. Varúð

4. Rembihnútur

5. Dauðalogn

6. Varðeldur

7. Valtari

8. Fjögur Pianó


Published with Blogger-droid v2.0.4