Thursday, February 24, 2011

Jaga

Xsident ni berlaku lepas aku habih belajar di sekolah menengah...biasa la kutu,hari-hari perabih duet orang tua....ronda-ronda dengan motor cub cai C70 bikin no plat PAG2094....ronda dari kampung ke kampung kacau anak dara orang...malam race ramai-ramai kat bohok...tut tup Tok Man Misai bagi tau yang member dia yang keja jadi guard kat Penang nak pakai orang...

Setelah melakukan perbincangan mengejut di tempat lepak petang-petang...kat kepala titi tu....
Hanih selaku orang paling tua memberi cadangan dan pendapat 'kita perlu melakukan perubahan,takkan selamanya kita nak lepak kat kampung ni'
Saranan dia dipersetujui oleh kami semua....
Dengan semangat berkobar-kobar mahu melakukan perubahan....aku minta izin orang tua aku....yess aku mendapat restu....rasanya mereka pun menyampah kot,aku asik dok perabih beras je kot...keh keh keh
Berbekalkan duet belanja rm50 pemberian ayah aku.....dengan sehelai dua baju dan seluar....hati berdebar-debar macam mana suasana Penang tu....aku nekad aku pasti berjaya.....mungkin dengan uniform bak abang polis aku mesti lagi bergaya....

Boleh dikatakan separuh kutu-kutu kampung aku ikut serta...agak-agak aku penuh gak van...

Perjalanan kami dijemput oleh brother guard dengan van syarikat...apa lancau nama syarikat tu aku lupa...tapi logo di ada senapang bersilang...

Hampir petang kami sampai Penang....melihat je tempat tinggal aku dah tak sedap hati.....nasip baik masa tu uniform semua tak da lagi..kalau tidak mau malam tu gak kena masuk keja...

Selesai je kami makan kat satu restorent nasi kandar.....aku berbincang dengan Hanis,Heri dan Bok...ini tak boleh jadi...mana kutu rocker boleh keja guard ni....tu plak guard kat kilang Sony yang banyak awek tu...kalo guard kat jerat cina tak pa la' tambah Bok penuh anarkiss....

Nak jadikan cerita Nizam awal lagi dah cabut balik kampung...cilakat tak ajak...Nizam ni la lekat nama Nizam Pak Guard walaupun kini dia pilot keretapi KTM..

Akhirnya kami semua nekad lari balik...ikut pintu belakang...kaut apa yang patut...seluar,baju,tali pinggang mahupun kasut guard kami roket..
Aku lihat terkejut gak apek rumah sebelah sedang makan malam dengan keluarga dia...melihat kami lari ramai-ramai macam maraton di lorong belakang...

Malam tu kami menumpang rumah Bang Cik Hanis yang keja pegawai warent TUDL....merasa la kami tidur kem semalam....berdesing gak telinga kena basuh dengan beliau....gila muda-muda keja guard...

Sampai je kampung Tk Mat jemput kami.....Tk Mat selaku bos aku keja buat besi konkrit....ketawa besar,pasai dia tak payah cari pekeja lain..dalam nadi sinis..Tk Mat sound kami 'aku dok kata dah,dok kata dah....tak lama hampa p...kah kah kah...cilakat bukan nak bagi semangat nak pedaje plak....

*********

Rasanya kalo aku tak roket malam tu...sekarang dah jadi Sarjan ke tak...

No comments:

Post a Comment