Saturday, October 9, 2010

your not alone in this

25 tahun keatas, Kita kenalinya sebagai 'krisis suku kehidupan'.Bila kita mula berhenti keluar dengan kawan-kawan dan mula menyedari banyak perkara tentang diri kita yang kita tidak tahu dan mungkin kita tidak menyukainya.Kita mula merasakan kurang senang dan mula membayangkan kemana kita akan berada dalam satu atau dua tahun mendatang.Dan mula merasa ketakutan kerana mengetahui dimana kita berada sekarang.

Kita mula menyedari yang manusia disekeliling kita terlalu mementingkan diri dan mungkin kawan yang kita kenal yang  amat rapat itu kita rasa adalah kawan yang paling baik yang pernah kita jumpa tetapi mereka yang kita tak pernah jumpa itu mungkin adalah mereka yang lebih penting lagi.Mungkin mereka yang kita tak kenal itu adalah mereka yang lebih baik, jujur,penyayang, tetapi seperti kita mereka juga dalam kekeliruan.

Lihat pada pekerjaan kita,walaupun kita merasakan kerja yang kita lakukan itu tidak sesuai dengan kehendak atau mungkin kalau kita hendak mencari atau memulakan perkerjaan baru tetapi terpaksa pula bermula dari bawah dan itu menakutkan kita.

Kita beranggapan yang  kita semakin kuat,kita lihat orang lain boleh buat  dan kita mula mengakimi lebih dari kebiasaannya dan tiba-tiba kita menyedari yang kita telah melebihi batasnya.Sesuatu benda yang kita suka atau tidak akan terus berlaku dalam kehidupan ini.Sekarang,kita akan berasa selamat tetapi  selepas sesaat kemudian siapa tahu.

Ketawa dan tangisan adalah lumrah dalam kehidupan.Merasa keseorangan,keliru dan ketakutan,dan tiba-tiba musuh yang paling dibenci bertukar dan kita cuba pula untuk bergantung kepada mereka.Dan pada besoknya kita menyedari yang masa berlalu semakin jauh meninggalkan kita,tiada apa yang boleh kita buat tetapi cuba untuk berada dimana yang kita percaya dan terus bergerak ke hadapan dan mulai merasa berkecamuk dan kenapa ia berlaku.

Seseorang yang kita suka akan banyak melakukan kesakitan dan pengkianatan keatas kita.Atau kita akan mula menipu dan berharap kenapa kita tidak berjumpa dengan seseorang yang benar-benar kita ingin kenali.Atau kita sukakan seseorang tetapi hanya menyukai seseorang tidak memadai dan kita tidak tahu kenapa kita buat ini semua kerana kita bukanlah seorang yang begitu baik .Berjumpa satu malam dan pilih siapa saja yang disukai kita akan mula kelihatan terhina.Mula membazir dan berkelakuan seperti orang bodoh,cukup menyedihkan.

Kita akan terus melalui satu persoalan dan emosi yang sama berulang kali,dan berbual dengan kawan-kawan topik yang sama kerana kita tidak dapat membuat pilihan.Mula risau tentang pinjaman,wang,masa depan dan cuba untuk meneruskan cabaran yang mendatang.....memenangi satu perlumbaan atau cabaran itu cukup membanggakan,tetapi hanya akan memuaskan hati sahaja.Apa yang kita tidak sedar ketika membaca tulisan ini.Kita berada di masa terbaik atau terburuk dalam kehidupan ini,cubalah dengan sepenuh hati sedaya yang mungkin untuk membuang sejauh mungkin benda yang dirasakan tidak perlu.

Biarkan kawan-kawan kita yang berumur dua puluh tahun dan keatas baca ini....mungkin ia dapat menolong seseorang merasakan yang mereka tidak keseorangan dalam melalui satu fasa kekeliruan dalam hidup ini.....

curi/alih dari
sXe...'lifetime'
By gwen...

Tuesday, October 5, 2010

black maria

Satu masa diawal melenium
Jam 1 pagi..
Disimpang 4 kg aku
Aku,arin cik att,awang,g galo,e cik mat.

Tengah best borak2 kat satu kedai makan tapi dah tutup.aku sempat gak ushar ke kedai mana tau nampak awek yg keja situ tak pakai apa-apa ke.......tapi anak toke kedai 2 lawa la,anak orng petani kot,aku pun krng pasti....walaupun kedai dah tutup kami masih kencang lagi sembang......

e cik mat kelihatan ke belakang kedai,kencing kata dia...
Tapi aku bajet nak skodeng latu...haram tak mau ajak......

Tengah rancah borak....
Tiba-tiba sebiji van polis @ black maria break....awang selaku orng paling tua.......mengeluarkan arahan relex-relex kita tak buat salah.....relex....seorng polis kot,dah dia keluar dari van tu.....menjerit.......jangan lari......jangan lariii....

Dengan spontan aku start moto epai aku trus hentak gear dengan tumit......apa lagi lari la....
Aku pecut bagai kena kejar dgan polis memeng pun.....termasuk awang yg tadi kata jngan lari kita tak salah....pun pecut gak ngan epai dia

Semasa memecut aku sempat toleh belakang....aku lihat arin cik att,g galo memecut bak watsen nyambek....sambil dikejar oleh brother polis 2.sampai je kawasan bendang padi...arin ck att terus terjun dlm sawah padi...apa yg aku tak leh lupa....sambil dia lari dalam sawah boleh dia ketawa dengan kuat...menambahkan lagi amarah brother polis...

Sejam kemudia apabila keadaan selamat
Kami kumpul di rumah adi.....
arin ck att sampai lutut penuh dgan selut.....manakala g galo seluruh badan penuh air longkng.katanya terjun dalam telaga kumbahan sapa tah...dengan parut di dahi...kata dia terlanggar dawai penyidaii..kami semua selamat.....apa jadi ngan e cik mat...dia story semasa dia tengah kencing dia lihat seorng polis telah turun lebih awal lagi.nasip baik dia sembnyi dalam kandang lembu tok wan mokthar...

Besoknya polis peronda datang ke kedai tok man misai,ini memang port polis berenti kena air tebu petang.....

Dari apa yg polis tu bg tau tok man misai.....budak sini memang liat nak tngkap depa semalam...kalo dapt naas depa.....budak kg sebelah kami dan angkut dah semalam tapi kampung ni susuh skit...

Yg aku tau budak kg sebelah seminggu gak dok dalam lokap...

Nasib baik tak dengar cakap awang tidak seminggu gak kami dlm lokap...

Rokok

Dulu masa sekolah men aku tak merokok tapi aku selalu lepak dengan perokok ni terutama masa pagi-pagi sebelum masuk kelas.....
Dlm perjalanan nak masuk gate sekolah aku lihat member aku pak yat aka rambut ketak boh poken sampai melekat dah mcm burung gembala kerbau la,mengosot tangan belah kanannya ke ketiaknya.....aku yg kehairanan tanya..

'pasai pa hang tonyah tangan hg kat ketiak hg?

Dia jawab 'satgi hg tengok.....

Sampai saja di gate sekolah...cikgu disiplin...arrhhhh aku lupa nama....sedang buat spotcheck....aku lihat dia sedang memcium tangan sorang2 kalo ada bau rokok mampus...kantoi....sampai giliran pak yat lepas plak.....ooo baru aku paham pasai pa dia gosot tangan dia kat ketiakkk......dalam ati aku apa genius punya idea para2 perokok niii...

Those who the tay-part 2

Suatu ketika di pagi hari semasa perhimpunan pagi hari ahad.(kedah beb ahad sekolah)

Rasanya aku dlm tingkatan 4
Di sekolah men pkok ketum.

Sedang kami beratur ramai dengar pegtua maki-maki pagi-pagi...sebuah kereta meluru dengan laju...terus parking sambil tarik handbreck dngan kuat sampai tayar drift skit....oooooo keta apa tah aku lupa...tapi keta cikgu timah la......dengan bnagga member aku keluar dari keta tu.keta mak dia cikgu skolah ni.....nama manja timi anak cikgu timah diberi....semua orng memandang tepat kearah timi anak cikgu timah...dia buat2 kontrol mancho..dengan spontan tanpa ada perancangan kami bantai gelak sampai member aku ada guling atas tar......rupanya si timi anak cikgu timah ni lupa tarik zip seluar lepas tu baju sekolah yg warna putih tu terbujur keluar plak....sejak ari tu aku lihat kalo berjalan si timi anak cikgu timah ni asik2 pandang bawah je mungkin nak check zip seluar dia kot.......kah kah kah...yg ketawa guling tu aku tambah je.......